2013....Bye!

Tuesday, December 31, 2013



Assalamualaikum..

Hahahahaha..lame da tak update..jangan kate habuk, sawang pun penuh rasenye..Sebagai hari terakhir untuk tahun 2013 ni, saje la nak cite ape yang berlaku untuk sepanjang tahun ini..Alhamdulillah, tahun ini adalah tahun yang menggembirakan bagi diri ku ini..
Bermula dengan bulan :

MAC 2013
Hari lahir aku yang ke 26..tua da orang yang bernama DOT ni haaa..tapi maintain comel! Bulan ni juga rakan baik aku LIN mendirikan rumah tangga..i’m happy for u my dear..moge ikatan perkahwinan kamu berkekalan hendaknya..Aminnn..

APRIL 2013
Bulan yang sangat bermakna kerana aku sah menjadi isteri kepada suamiku yang tercinta..Sangat gembira kerana akhirnya aku ada peneman hidup untuk sepanjang hayat aku nanti..InsyaAllah..Moga perkahwinan ku juga berkekalan selamanya..


MEI 2013
Pergi honeymoon..hehe..tak jauh pun, cume di Cameron Highlands je..walaupape pun aku tetap gembira sebab pegi berdua saja dengan suamiku ditempat yang sejuk dan tenang..Mase ni la kami bercinta dan mengenali lebih dalam..dalam la sangat..yela, kami tidak becinta..cume berkawan dan terus ke gerbang perkahwinan..
Masih gembira lagi kerana berlangsungnya majlis bertandang dirumah suamiku..walaupun simple tapi aku tetap gembira dan bersyukur..masa ni la aku mengenali keluarga sebelah suami serta jiran tetangga keluarga suami..Alhamdulillah, semua menerima kehadiran aku dengan baik..terima kasih..



JUN 2013
Disebabkan da lame planning, teruskan la juga niat pergi bercuti ke SABAH bersama rakan2 seperjuangan..hepi sangat dapat berkumpul semula..masing2 masih gila2 macam dulu..aku terpaksa meninggalkan suami seketika..haha, cian hubby..



JULAI 2013
Alhamdulillah..aku disahkan hamil!!! Gembira sangat..dalam bulan ramadhan yang penuh barakah ini, aku dikurniakan rezeki yang tidak ternilai..First time puasa bersama hubby, dapat tahu pula ada benih yang akan membesar..Da la wat test sebelum sahur, sebab aku da rase lain macam..Bila tahu positif, terus nanges..kejut hubby untuk bangun sahur dan tunjuk kat die hasil test tadi..terus bulat mata hubby..Alhamdulillah, syukur…

OGOS 2013
Hari lahir encik suami..tidak la celebrate berdua..sambut dengan kuage aku lepas balik dari solat terawih..First time juga menyambut SYAWAL bersama suami..first time dalam hidup minta maaf selain dari mak dan abah di pagi raya..bukan sedih, tapi lebih pada malu dan kelaka..adoiiiiiiiii..tahun ni juga merasa balik kampung..Penang mai la kita..dulu kampung kami dekat ja, la ni jauh la pulak..tapi kami seronok naaa walaupon kami da start mabuk2 kepayang..hehe

OKTOBER 2013
Ayah dan mak mertua pergi menunaikan haji..gembira dalam masa yang sama sedih juga sebab mak dan abah masih belum diberi peluang..tapi tak mengapa, insyaAllah tahun depan ada rezeki mak dan abah ye..Aminn..

DISEMBER 2013
Alhamdulillah, diberi rezeki lagi..akhirnya aku dan suami punya kediaman sendiri..macam2 preparation nak kena buat..tapi aku dan suami bahagia sebab dapat peluang tinggal berdua dibawah satu bumbung yang sama..time kasih abah!



P/S : menunggu kelahiran cahayamata yang pertama..Berdebar dan Excited! Moga dipermudahkan J

0 CakapCakap:

 

Dot... Dotaaa.. Dotiii.. Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez