Korang!

Friday, March 30, 2012


Assalamualaikum..

Pada hari jumaat yang mulia ini, aku nak mengucapkan syukur ke hadrat ILLAHI kerane aku dikelilingi oleh mereka2 yang menyayangi aku..yang menceriakan aku..yang sanggup melayan aku yang agak senget ni..terime kasih korang..aku sayang korang sangat2..nak cakap depan2 malu la pule kan..

Aku harap hubungan ini akan sentiasa dipenuhi dengan bunga2 keceriaan dan kegembiraan..errr,ok..ayat agak geli..tapi tu la yang aku rase sekarang ni..tanpe korang aku rase hidup aku tak kan berseri..tanpe korang aku juge akan rase tak best sentiase..aku tau korang pon akan rase macam tu kan? Hahahahhaa…

Ni kate2 untuk korang!

Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat

Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin
Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan

Sahabat yang paling baik adalah
Diri kita yang sendiri tahu menilai setiap apa yang kita lakukan

Hadiah yang beharga dalam erti kata sahabat yang sebenar
Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri

Bergaullah dengan manusia sebaiknya
Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi
Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu

Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu kemesraan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan

(Credit to Mr Google!)

SIBU

Thursday, March 8, 2012


Assalamualaikum..

Pada 2mac 2012 yang lalu, aku besama tujuh lagi rakan baik aku yang terdiri daripada Ecah, Ijan, Syukor, Abe, Mat, Paiz dan Pejal telah pegi becuti ke Sibu Sarawak selama 4hari 3malam..fuhhh, ayat perlu skema..ekceli da lame rancang pecutian ni, dari tahun lepas..sumenye kerane pada waktu itu Air Asia ade wat promotion ticket secara murah..maka, kami sekawan yang memang suke meronggeng ni pun wat la tempahan tiket..mule2 rancang nak ke Kota Kinabalu, but ticket sold out! Kemudian rancang nak ke langkawi, sold out juge! At da end, dapat tempah tiket ke Sibu saje..

Bile da wat tempahan tu, aku tepikir ‘Sibu? Hmmm..bole la’..oleh kerana eksaited nak pegi becuti, maka aku melakukan research di internet tentang Sibu..dan surprise!!!!!!! Sibu has nothing! Oppssss, tu berdasarkan pencarian dalam internet..lebih panik lagi bile dapat tahu 90% penduduk di sibu adalah Chinese! Huhu..Tapi we olls tak kesah pon..yang penting dapat berkumpul sebab sejak bekerja ni (ceeeewahhh!), agak sukar untuk lepaking besame..


 Roast Chicken Combo..sedap tapi kurang mengeyangkan!

Aktiviti : 

2Mac : berkumpul di LCCT, check in dan menaiki pesawat..tiba di terminal Sibu pada jam 2 petang dan terus menaiki teksi menuju ke ‘The Orchid Hotel’..Check in dan berehat seketika, pukul 4petang kelua mencari makanan..jumpe KFC je..lepas makan, pegi 'Tapak Pasar Malam Sibu' yang mana penjualan daging ‘ba alip ba ya’ agak berleluasa..ishhhh3..geli! beli kuih muih dan makanan, terus bejalan melihat pemandangan sibu dan macam biasa amek gamba sebagai kenangan..malam pula, bekumpul di bilik 401 sambil menonton CD ‘Sumpahan Kum Kum’ yang dibeli di pasa..

 kunci bilik kami - Dot, Ecah dan Ijan


 kuih donat susu dan kuih gula hangus..bole la.......

3Mac : Bangun pagi, begerak ke ‘Terminal Penumpang Sibu’, if I’m not mistaken la kan name tempat tu..menaiki bot dan pegi ke rumah panjang..sampai rumah panjang, beborak dan bertanye dengan tuan rumah..dan tekejutnye, bukan saja rumah tu panjang malah besa ok! Kalah rumah aku..setelah puas membuat kajian tentang rumah panjang (kajian la sangat kn), pegi makan sup tulang dan umai dan mee kolok di ‘Sibu Central Market Complex’..sedap, aku suke! Abes sepinggan nasi yg penuh, yg lain tekejut memerhati..kat sini aku tenampak pekare yang unik! Org2 di market ni menjual ayam dengan membungkus ayam tersebut seperti membungkus sayur dengan menggunakan surat khabar..haaa, dan ayam2 tu pule duduk diam je..pergi ke galeri menjual barang2 cenderahati untuk diberi kepada rakan2 dan keluarge..tapi tak banyak pon yang dijual dan agak mahal la juge..pada sebelah petang pule, kami berjalan2 melawat tokong cine, melihat tugu swan lambang sibu, melihat pintu gerbang sibu dan juga mencari mencari tempat untuk makan malam..yang best nye, sungguh jauh tempat makan yang dituju..alih2 kedai tutup! Nasib baik ada kedai melayu yang lain, Alhamdulillah..malam pula, seperti biasa melihat CD ‘Hantu Botol Kicap’ dibilik yang sama iaitu 401..hehe

 Naik bot ke kawasan rumah panjang

Pandangan dari luar

Pandangan dalam rumah..

Sila ikut arahan! hehe..

Penjualan ayam yang unik!

Kawasan Tokong..

Lambang kebanggaan Sibu..

Pintu Gerbang Sibu..abaikan mat bangla tersebut! haha

4Mac : Bersarapan pagi di hotel dan kemudian bersiap-siap untuk melancong! Pergi ke ‘Wisma Sanyan’, bangunan tertinggi di Sarawak..konsep lebih kurang macam Summit je..kat sini cume membeli Hot n Roll je pastu jalan lagi untuk cari kedai makan..Kami makan di ‘Islamic Nyonya Cafe’, kedai ni cantik cume yang tak tahan pasang lagu2 jiwang yang meleleh..terbaik! teruskan perjalanan yang kononnye nak pegi ke ‘Kampung Bandung’, tapi nothing! Sebab ianya dibuke pada waktu malam sahaja..besambung pula pegi ke ‘Kuah Lee’, tu seperti kate pemandu teksi..rupenye sampai sane yang ada cume ‘Farley’! tertipu lagi..market macam mydin lak tu, ape yang kiteorg nak cari pon tak tau la..akhirnye, naik bus dan menuju ke ‘Star Cinema Sibu’ untuk membeli tiket wayang Ghost Rider 2..selepas menonton wayang, pegi ke pasar malam membeli makanan dan pulang ke hotel..seperti biasa, malam tengok CD ‘Final Destination 5’ di bilik bernombor 401, tempat kami selalu berkumpul..

 Wisma Sanyan

Nasi bersama Ikan Thai..sedap!

5Mac :  Bersarapan di hotel lagi..kemudian kami pergi ke ‘Sibu Heritage Center’ untuk sambung membeli barangan souvenir..sesudah itu, pulang ke hotel dan bersedie untuk ke terminal sibu dan bergerak pulang ke tanah air tercinta! Hahahah..sampai di LCCT pada pukul 4petang dan kemudian menaiki bas menuju ke Bandar Baru Salak Tinggi untuk menaiki KLIA Transit ke KL Sentral..sampai KL Sentral, aku naik komuter ke Klang untuk pulang ke rumah ayah dan bonda..

Sekian saja perjalanan dan percutian aku bersama rakan2 ke Sibu..sangat happening even tak banyak tempat menarik..yang penting kami dapat berkumpul dan meluangkan masa seperti di zaman belajar dahulu..bak kata Paiz, ‘next event’ kami mungkin akan ke pulau! So, sile kumpul duit masing2 ye semua..terima kasih kepada korang yang sudi membaca blog aku yang tak seberape ni..sampai ketemu lagi..tata!

 

Dot... Dotaaa.. Dotiii.. Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez