Showing posts with label Percutian. Show all posts
Showing posts with label Percutian. Show all posts

Kota Kinabalu..........

Wednesday, July 10, 2013



Assalamualaikum..

Baru berpeluang nak update..huhu..agak kebizian setelah menjadi surirumah tangga bukan sepenuh masa..hahaha..nak kongsi cerita tentang percutian ke SABAH iaitu Kota Kinabalu..bukan berhoneymoon, tapi pergi bersama rakan2 seperjuangan..Al-maklomla, planning sebelum menetapkan keputusan untuk berkahwin..

Pergi ke sana selama 4hari 3malam menaiki flight Air Asia (versi promotion). Mendarat di Terminal 2 di KK (if xsilap aku la ye), jumpe dgn juju..Juju ni kawan seangkatan kami yang tinggal di KK kerana mengikut suami nye yang bekerja di sana..ade jelas? So kat situ tunggu kereta sewa kami Viva Da Champion, kemudian kami terus menuju makan seafood kat mana ntah..aku lupe la name tempat tu..da lapar sangat kan, otak tidak dapat mengingati apa2..makanan kat situ so far so good..boleh la diterima oleh anak tekak aku..


Selesai makan, terus menuju ke Tune Hotels yang berdekatan dengan 1 Borneo shopping mall. Harga hotel memang murah tapi nak towel pon kene add on. Bilik pon agak sempit, ruang solat begitu terhad. Bila da penat dan mengantuk, redha je la ye kite..

Okla, aku terus ringkaskan je la ye aktiviti dekat sana :

Hari Kedua : sarapan bersama kemudian ke Gaya Street iaitu pasar yang panjang yang hanya dibuka pada hari Ahad sahaja bekonsepkan ala2 pasar tani..tak beli banyak pon cume aku hanya beli tempat gantung kunci yang aku letak dalam bilik je..Kemudian pegi ke Rumah Terbalik..tak de kaitan dengan sejarah, sekadar tarikan pelancong sahaja. Next, pergi ke Kundasang..perjalanan sangat jauh then singgah makan soto dan kepak ayam..ada pasar gak kat sini jual buah2 dan sayur2 tapi tak sebanyak macam kat Cameron Highlands..kecewa sebab tak dapat pegi tempat ternak lembu dan tak dapat ambil gambar berdekatan dengan kaki gunung Kinabalu.. Malam pula, mengisi perut di Tanjung Aru..sumpah tak nak datang makan kat sini lagi..sudah la dapatnye lambat, makanan pula kurang memuaskan..muka masing2 sangat tak puas hati..untuk meredakan kebengangan, kami ramai2 wat surprise sempena befday mawardy (salah sorang ahli Geng Jalanan)..Hepi Befday Mawa!






Hari Ketiga : Seawal jam tujuh pagi, sudah memulakan perjalanan untuk ke Pulau Sapi..Menaiki bot dari jeti yang berdekatan dengan Gaya Street..Sampai Pulau Sapi, sarapan dahulu dan melumur sunblock satu badan dengan tujuan untuk menjaga kulit muka..kononnyeeeeeee,haha..Aktiviti di Pulau Sapi seharusnya adalah snorkelling! Sangat cantik dan sangat jernih sehingga bole melihat coral dan ikan comel2 depan mata..kat situ pon bole cuci mata melihat mereka2 yang berbikini berpesta dan berbaring atas pasir yang putih! Wow! Malam macam biasa la, aktiviti makan je..makan di medan ikan bakar berdekatan Filipino Market dan seterusnya menonton wayang World War Z di Suria Sabah..masuk wayang aku tido sebab tak minat filem zombie yang ade sakit kancing gigi..kesiannnnn…




Hari Keempat : Check out dari hotel dan bergerak ke Filipino Market..dekat situ korang bole borong gelang mutiara, keronsang mutiara, butang baju melayu mutiara dan semua yang berkonsepkan mutiara! Hehe..nasib baik juju kenal kakak penjual tu, so bole la dapat harga murah..kat situ pon bole beli ikan bilis, kolagen dan keropok2 untuk dibawa pulang..kemudian kami pergi makan mee konlau..mee + sup ikan + sambal cili..ade option samade nak tambah susu or tak..tapi aku xmakan, tekak tak bole terime la pule..tengok member yang lain habis je telan..sedap la tu..hehe..lepas makan, maka kami pon mengatur langkah pulang ke tanah air masing2..ceeewaahhh!


So, itu saja la kisah percutian pada kali ini..Percutian seterusnya? Tak tahu la samade ade lagi atau tidak pecutian besama Geng Jalanan..masing2 ada kehidupan sendiri..makin ramai yang akan mengakhiri zaman bujang selepas ini..ape pon, semoga semuanya bahagia dan berjaya..Aminnn…

P/s : Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa :)

Terengganu

Monday, April 2, 2012


Assalamualaikum..

Pada 24Mac yang lalu..aku telah ke Marang,Terengganu ke majlis perkahwinan rakan sekerja..pegi dengan budak2 rumah kawan aku iaitu Lin..pegi besame kak ros dan lin..balik besame adah n da geng! Hehe..bertolak dari Kelana Jaya tepat jam 10.30 pagi (xsure tepat ke tak)..dengan melalui highway mane entah, dan yang pasti keluar ikut JABOR..make sure jangan salah sebut ok! 

Aku seperti biase..menumpang kelebihan org lain untuk melengkapkan kekurangan diri sendiri..huhu, sedih! Menginap bersama lin dan juga Kak Ros di Permai Hotel..pada malam tersebut, follow program mereka..kemudian berjalan-jalan di tepian Pantai Batu Burok..tujuan? skodeng pasangan2 yang sedang mabok melayan cinta..hehe, keji sungguh! 

Keesokan harinya, pergi ke kenduri kahwin di Taman Medan Jaya..berpakaian anggun, berbaju kurung..sampai sana, Kak Ida a.k.a pengantin sedang bersiap-siap..cantik Kak Ida pada hari tersebut..bertemakan merah putih, sooooo sweeettt..ditambah pula dengan pelamin yang simple tapi comel! Aku suke sgt…teruje tengok! Hehe..

 Comel kan!

Pada petang hari pule, pegi bejalan-jalan..1st destination adalah Pasar Payang..kat sini ade jual macam2..paling glamor adalah baju batik yang hargenye..hmmmm..tak mampu aku nak beli..tak minat pon nak pakai baju batik..hehe..kat pasar ni aku borong keropok sira dan lain-lain..da puas, pegi ke kereta..teperanjat! sebab ade surat saman! Terbaik sungguh..ishhh3..kelam kelibut nak bayau, nasib baik cume RM5 je..syukur..

 Hanye ade di Pasar Payang je..sile patuhi arahan ye..

Selepas tu, niat dihati nak pegi ke Masjid Kristal..pusing punye pusing, aku rase nak dekat 5kali lalu tempat yang same..tapi masih tak jumpe2! Fail benor bab2 jalan ni..tapi tak bole blame aku 100% sebab tak biasa dan baru 1st time sampai ke Marang..kalau Dungun, memang aku expert! Tak caye tanye Cok..Akhirnye, da tak dapat nak cari Masjid Kristal..duduk bersantai di Pantai Batu Burok lagi..kali ni memang betol2 menikamti keindahan pantai..hehe

Sambil bersantai sambil tanye org direction ke Masjid Kristal..masih belom putus asa..bile dapat tahu perjalanan ke sana agak sukar dan jauh..tukar destination..ke Masjid Terapung..Masjid ni sangat cantik..terapung di atas air yang mana dalam air tu ade ikan todak..batak kejap! Da puas berjalan, so pulang ke Guest House..tak ingat name die..malam pula menonton cerekarama Usin Bunge yang mana diterajui oleh Zizan! Aku peminat tegar Zizan Raja Lawak..die hensem serta berbakat! Sekian..



 Abang Zizan!

Nanti! Belom abes lagi entri ni..so, hari ahad bergerak pulang ke KL (bajet!)..sebelum tu borong Keropok Losong dulu untuk keluarga dan rakan-rakan..Alhamdulillah, selamat sampai ke rumah..walaupon penat tapi tetap seronok..tu je cerite disebalik percutian kali ni..tak de la bercuti sangat pon..ok, yang ni baru betol2 bole cakap ‘Sekian’..tataaaaaaaaaaaaaa!

SIBU

Thursday, March 8, 2012


Assalamualaikum..

Pada 2mac 2012 yang lalu, aku besama tujuh lagi rakan baik aku yang terdiri daripada Ecah, Ijan, Syukor, Abe, Mat, Paiz dan Pejal telah pegi becuti ke Sibu Sarawak selama 4hari 3malam..fuhhh, ayat perlu skema..ekceli da lame rancang pecutian ni, dari tahun lepas..sumenye kerane pada waktu itu Air Asia ade wat promotion ticket secara murah..maka, kami sekawan yang memang suke meronggeng ni pun wat la tempahan tiket..mule2 rancang nak ke Kota Kinabalu, but ticket sold out! Kemudian rancang nak ke langkawi, sold out juge! At da end, dapat tempah tiket ke Sibu saje..

Bile da wat tempahan tu, aku tepikir ‘Sibu? Hmmm..bole la’..oleh kerana eksaited nak pegi becuti, maka aku melakukan research di internet tentang Sibu..dan surprise!!!!!!! Sibu has nothing! Oppssss, tu berdasarkan pencarian dalam internet..lebih panik lagi bile dapat tahu 90% penduduk di sibu adalah Chinese! Huhu..Tapi we olls tak kesah pon..yang penting dapat berkumpul sebab sejak bekerja ni (ceeeewahhh!), agak sukar untuk lepaking besame..


 Roast Chicken Combo..sedap tapi kurang mengeyangkan!

Aktiviti : 

2Mac : berkumpul di LCCT, check in dan menaiki pesawat..tiba di terminal Sibu pada jam 2 petang dan terus menaiki teksi menuju ke ‘The Orchid Hotel’..Check in dan berehat seketika, pukul 4petang kelua mencari makanan..jumpe KFC je..lepas makan, pegi 'Tapak Pasar Malam Sibu' yang mana penjualan daging ‘ba alip ba ya’ agak berleluasa..ishhhh3..geli! beli kuih muih dan makanan, terus bejalan melihat pemandangan sibu dan macam biasa amek gamba sebagai kenangan..malam pula, bekumpul di bilik 401 sambil menonton CD ‘Sumpahan Kum Kum’ yang dibeli di pasa..

 kunci bilik kami - Dot, Ecah dan Ijan


 kuih donat susu dan kuih gula hangus..bole la.......

3Mac : Bangun pagi, begerak ke ‘Terminal Penumpang Sibu’, if I’m not mistaken la kan name tempat tu..menaiki bot dan pegi ke rumah panjang..sampai rumah panjang, beborak dan bertanye dengan tuan rumah..dan tekejutnye, bukan saja rumah tu panjang malah besa ok! Kalah rumah aku..setelah puas membuat kajian tentang rumah panjang (kajian la sangat kn), pegi makan sup tulang dan umai dan mee kolok di ‘Sibu Central Market Complex’..sedap, aku suke! Abes sepinggan nasi yg penuh, yg lain tekejut memerhati..kat sini aku tenampak pekare yang unik! Org2 di market ni menjual ayam dengan membungkus ayam tersebut seperti membungkus sayur dengan menggunakan surat khabar..haaa, dan ayam2 tu pule duduk diam je..pergi ke galeri menjual barang2 cenderahati untuk diberi kepada rakan2 dan keluarge..tapi tak banyak pon yang dijual dan agak mahal la juge..pada sebelah petang pule, kami berjalan2 melawat tokong cine, melihat tugu swan lambang sibu, melihat pintu gerbang sibu dan juga mencari mencari tempat untuk makan malam..yang best nye, sungguh jauh tempat makan yang dituju..alih2 kedai tutup! Nasib baik ada kedai melayu yang lain, Alhamdulillah..malam pula, seperti biasa melihat CD ‘Hantu Botol Kicap’ dibilik yang sama iaitu 401..hehe

 Naik bot ke kawasan rumah panjang

Pandangan dari luar

Pandangan dalam rumah..

Sila ikut arahan! hehe..

Penjualan ayam yang unik!

Kawasan Tokong..

Lambang kebanggaan Sibu..

Pintu Gerbang Sibu..abaikan mat bangla tersebut! haha

4Mac : Bersarapan pagi di hotel dan kemudian bersiap-siap untuk melancong! Pergi ke ‘Wisma Sanyan’, bangunan tertinggi di Sarawak..konsep lebih kurang macam Summit je..kat sini cume membeli Hot n Roll je pastu jalan lagi untuk cari kedai makan..Kami makan di ‘Islamic Nyonya Cafe’, kedai ni cantik cume yang tak tahan pasang lagu2 jiwang yang meleleh..terbaik! teruskan perjalanan yang kononnye nak pegi ke ‘Kampung Bandung’, tapi nothing! Sebab ianya dibuke pada waktu malam sahaja..besambung pula pegi ke ‘Kuah Lee’, tu seperti kate pemandu teksi..rupenye sampai sane yang ada cume ‘Farley’! tertipu lagi..market macam mydin lak tu, ape yang kiteorg nak cari pon tak tau la..akhirnye, naik bus dan menuju ke ‘Star Cinema Sibu’ untuk membeli tiket wayang Ghost Rider 2..selepas menonton wayang, pegi ke pasar malam membeli makanan dan pulang ke hotel..seperti biasa, malam tengok CD ‘Final Destination 5’ di bilik bernombor 401, tempat kami selalu berkumpul..

 Wisma Sanyan

Nasi bersama Ikan Thai..sedap!

5Mac :  Bersarapan di hotel lagi..kemudian kami pergi ke ‘Sibu Heritage Center’ untuk sambung membeli barangan souvenir..sesudah itu, pulang ke hotel dan bersedie untuk ke terminal sibu dan bergerak pulang ke tanah air tercinta! Hahahah..sampai di LCCT pada pukul 4petang dan kemudian menaiki bas menuju ke Bandar Baru Salak Tinggi untuk menaiki KLIA Transit ke KL Sentral..sampai KL Sentral, aku naik komuter ke Klang untuk pulang ke rumah ayah dan bonda..

Sekian saja perjalanan dan percutian aku bersama rakan2 ke Sibu..sangat happening even tak banyak tempat menarik..yang penting kami dapat berkumpul dan meluangkan masa seperti di zaman belajar dahulu..bak kata Paiz, ‘next event’ kami mungkin akan ke pulau! So, sile kumpul duit masing2 ye semua..terima kasih kepada korang yang sudi membaca blog aku yang tak seberape ni..sampai ketemu lagi..tata!

Cameron Highland

Tuesday, January 3, 2012

Assalamualaikum..

Hari Krismas ari tu, aku dengan kawan2 dan sepupu aku yang terdiri dari Pejal, Paiz, Ijan dan Abil telah pergi ke Cameron Highland untuk bersiar-siar..hehe,skema tak? Abaikan! Bagi aku pegi sane coz da lame tak pegi la..sambil tu nak tenangkan pikiran yang serabut..Kiteorang pegi balik hari je sebab pejal cakap hotel da penuh kene booked! Tipu! xde plan nak tido sane pon..hehehehe
 
So, cadangnye nak pegi dalam kul 5pagi dari rumah..aku punye la awal bangun kan sebab tak nak telambat nanti coz pegi tu naik kete pejal..akan tetapiiiiiii…….biase la janji melayu kan, akhirnye pukul 7.30 baru la pejal datang jemput aku..sumenye kerane paiz! Lambat bangun..saboooooooo je laaaaaa…dari eksaited nak pegi, terus panas hati..ishhhh3

Dalam pejalanan ke Cameron melalui Tapah, singgah sebentar di stesen minyak Shell kat mane entah (aku memang fail bab peta2 di Malaysia ni)..kat sini isi minyak dan juge membeli makanan sebab masing2 kelaparan..punye la lapo, sampai paiz beli sebuku roti gardenia butterscotch dengan muke yang agak bangge..sukeati ko la paiz oiiiiiii..

Sampai ke tanah rata dalam pukul 11 pagi..dengan bepandukan tourist guide tak bebaya a.k.a paiz , kiteorg pegi ke ladang teh di Bharat Tea Plantation yang teletak hanye ditepi jalan sahaja..Jalan2 sekejap kat ladang tu, then decide nak makan kat café yang ade kat situ la..bile tengok harge sepotong kek (yg mane secret recipe nye kek lagi besa) yang amek ko! Mahal bebeno nye pon! Terus batalkan niat tersebut..tidak berbaloi rasenye..hehe..

 Nyaman je rase..

Setelah itu, jalan lagi mencari kedai makan..jalan punye jalan sampai tejumpe satu kedai ni..owner die memang telebih ramah..siap bagi cadangan pade kiteorg utk order..cadangan yang aku tak kan terime lagi da pasni..time kasih akak! Die suggest aku order ‘Teh Massala’..memang bermasalah..teh yang dicampuri dengan herba kononnye,padahal bau cengkih kuat gile kot! Seminggu deria bau aku rosak! Bau cengkih je..pening!

 Ni la teh massala..sumpah xmo minum lagi!

tak ingat ni air ape..org nk suam tapi akak bagi ais..terbaek!

nasi goreng (ayam) Cameron Highland..biase je..nothing special!

mee hoon/bihun sup..bole la..

Agak kecewa la dengan makanan tadi..tapi, redha je la kan..redha tu kan ikhlas..hehe..Next, kiteorg pegi Kasimani’s Strawberry Farm (if xsilap aku la)..jalan die agak mencabar juge la..kecil dan beliku-liku..sampai kat sini, strawberry die tak banyak sangat..ade tanam bunge dan kaktus..ade jual2 strawberry dan macam2 lagi..kiteorg pekene aiskrim die, not bad la..tengah syok makan, bole lak si paiz ni cakap ‘aku rase bekas ni die kutip balik dan basuh..basuh tak tau bersih or tak’ perghhhhh, jauh beno pikiran si paiz ni..tapi nasib baik aku da abes makan time tu..spoil betol la! Selain tu, rase gak askem Malaysia perisa strawberry..memang terbaik! 100% strawberry asli, sedap! Harge sebatang adelah rm1, tapi berbaloi kot..


Then, we all pegi ke pasa..tak tau name pasa die ape..tapi nak pegi situ kene naik bukit! Haha..kat pasa, aku membeli-belah ape yang patut je..dalam kul 4, cadang da nak gerak balik..akan tetapi……………..jeng3! kete pejal tak bole start! Mule2 aku pikir mungkin kerane terlalu sejuk.. Ijan pulak cakap kemungkinan air bateri kot..so, kiteorg decide solat dulu di surau..kemudian yang lelaki pegi mendapatkan bantuan..cuaca pule semakin sejuk, hari semakin gelap..air bateri da dapat setelah budak lelaki berjalan jauh pergi mencari..

Malangnye! Kete still tak bole start..mule menggelabah dan menggigil..macam2 care da cobe..sampai la dalam pukul 7.30 malam, dengan dibantu abang yang berketurunan India menolong kami untuk tolak kete..Alhamdulillah, da bole bergerak..tapi tak bole pasang lampu, takut bateri off balik..balik melalui simpang pulai sebab nak elakkan jalan yang beliku2..

Setelah dalam 20minit, kete wat hal lagi..kali ni tak bole start langsung! Aku da start bersin2 dan seseme..kete mati di tempat yang sangat gelap! Aku hanye mampu bedoa supaye ade bantuan dan tak de pekare buruk belaku pade kiteorg..paiz tahan satu kete untuk minta bantuan pegi ke balai polis bedekatan..aku dengan yang lain menunggu dengan risau nye..tepakse gune lampu henpon untuk beri isyarat pade kenderaan yang lalu supaye dorang seda akan kete yang tesadai tu..

Allah sentiase melindungi hambe2 NYA..kebetulan abang India yang tolong tadi lalu jalan yang same..so, die temankan kiteorg..dalam pade tu juge ade apek naik moto tolong panggilkan pomen..polis bantuan sampai tapi tepakse beredar sebab ade kes kematian..cuak gile2 aku time tu, tapi tepakse cover supaye yang lain pon tak rase cuak dan takut..sangat gelap waktu tu..pomen sampai bawe bateri,tapi tak same..huhu..dugaan..pomen tadi pegi bengkel semule untuk cari bateri yang sesuai..Alhamdulillah, ade gak even bateri tu bateri lame..bagi kiteorg asal dapat gerak je da cukup..

So,teruskan perjalanan..masing2 da kesejukan dan keletihan..aku terlena, tapi tak lame sebab hidung tesumbat! Huhu..dalam perjalanan pulang, ade eksiden belaku yang mane membawe kepade kematian..Syukur sangat coz tak de pape belaku pade kami semue..dalam kul 2pagi, aku sampai ke rumah..lega sangat2 time tu even aku da start demam..satu pengalaman yang menakutkan tapi tetap rase hepi..time kasih pade kawan2 dan mereka yang membantu kami sepanjang berade dalam kesulitan..

 sempat lagi begambo! hehe

P/s: pastikan kenderaan berade dalam keadaan baik jike nak pegi jauh ye..Terase semangat 1Malaysia!



 

Dot... Dotaaa.. Dotiii.. Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez