Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Hippopo Baby Spa

Monday, October 13, 2014



Assalamualaikum..

Sejak da jadi ibu ni kalau ada apa2 yang melibatkan pasal anak mesti aku akan buat..kadang2 bende yang tak penting pon aku nak buat juga..hehehe..maka pada satu hari dimana waktu itu aku dan suami kena cuti memandangkan nenek Niyaz kene pegi checkup her eyes, aku telah menanam azam untuk membawa anak aku ke Hippopo Baby Spa & Wellness..Dari aku pregnant sebenarnya sudah bercita-cita nak bawa anak aku ke sini..Alhamdulillah, tercapai..

 Pintu masuk spa

 Abi dan Niyaz..abi telebih eksaited..hehe

So..apa yang ada di Hippopo Baby Spa & Wellness ni?? Biasanya spa ni tempat urut2 kan..spa baby ni pun ada urut2 juga..ianya juga tempat baby swimming dan relaxing..tujuan aku nak bawa Niyaz pergi berenang dan ‘kenal air’ sebab kami akan ke famly day di Gambang..so nanti bole la aku masuk kan die dalam kolam..hehehe

Aku bawa Niyaz ke spa ni yang terletak di Setia Walk Mall..spa ni berada di ground floor..memang senang nak cari uollssss..kalau tak tahu korang guna la GPS tu ye..hehehe..Sampai je spa, kene isi form dan terus wat pembayaran..oh ye, one more thing..korang kalau nak pergi walk in, make sure bukan weekend tau..biasa weekend korang kene book sebab terlalu ramai..kalau korang main redah je, memang tunggu la kat situ sampai bejanggut ye..

 Kaunter bayaran

 Tab mandi untuk baby bawah 6 bulan

Tempat urut

Untuk baby 6 bulan ke atas..Max 3 baby bole ada dalam ni

Private room untuk sesiapa yang nak kan privacy..biasa untuk baby yang tak suka keadaan ramai orang

Untuk baby yang ada masalah kulit macam ekzema dan sebagainya

Lepas bayar, staff kat situ dukung Niyaz dan memulakan sesi perkenalan..ada urut2 sikit, main2 dulu..then buka baju untuk salin pampers khas..lepas salin, staff tu bawa Niyaz dalam kolam tu..bagi rendam2 kaki, rendam2 tangan..bila nampak Niyaz macam ok je, terus pakai kan pelampung dan masuk kan dia dalam kolam tu..Hepi je anak ibu swim2..ibu dan abi lak yang terlebih eksaited..hehehe

 Sesi perkenalan dan permulaan

Kenal dengan air..

pakai pelampung

Seronok nya dia


Air dalam kolam bertukar-tukar warna dan ada buble2

Tukar pelampung duduk 


Lepas habis swim, sesi untuk urut pula..oh ye lagi sekali, kat spa ni ada macam2 pakej..so korang bole la pilih mana satu idaman kalbu..macam aku amek single package je..tu je yang mampu..hahahaha..

 Nanges sebab keletihan..over nau swim 

Result akhir..hehe

Selamat mencuba semua!

Raya Raya Rayaaaaaaaaa!

Wednesday, September 4, 2013



Assalamualaikum..

Da 28 Syawal ari ni..baru dapat semangat nak update blog pasal hari raya yang mulia..hehe..semenjak2 ni sangat la malas untuk melakukan apa2 kerja sekalipun..Dot2, keset! Haaa..keset tu dalam bahasa jawa sama la dengan MALAS (if tak silap aku la ye)..ok, sambung entri pasal raya!

Alhamdulillah..raya tahun ni buat pertama kali nya beraya bersama dengan suami..So paham2 la ye ape yang aku kene buat..sediakan baju..oh ya, baju kami pakai baju sewaktu bertandang ke rumah suami..raya tahun ni kami berjimat cermat saja..walaupon! aku da beli baju sebelum bulan puasa lagi..hahahaha..Yang wajib aku lakukan adalah memohon maaf pada suami ku..sebab kan ini yang pertama kalinya, minta maaf pon masih malu2 dan gelak2..bedal la, janji aku mohon maaf begitu juga suamiku..Tema tahun ini, ikut suka la..janji comel!





 



Raya tahun ni di kampung aku dulu..tak jauh pun, dekat rumah aku la..macam biasa, berkonvoi bersama pakcik makcik dan sepupu2 ku dengan menaiki motorsikal untuk menziarahi saudara mara yang terdekat..Suami aku teruja dan penat sebab dia punya raya tidak seperti beraya bersama ahli keluarga aku yang kecoh!

Pada malam nya, aku dan suami bergerak ke Balik Pulau Penang untuk beraya bersama famly belah suami pula..beraya macam biasa ke rumah saudara mara, berkenal-kenalan..kemudian pergi ke Kedah dan seterusnya ke Perlis..jalan sakan na kami..seronok tapi letih..lagi2 dengan keadaan aku yang berisi ni, mabuk dan loya sepanjang masa..huhu..Tapi tak mengapa kerana semua itu lumrah alam..walau ape pon, raya aku tetap meriah..masih diberi kesempatan untuk merasai suasana Hari Raya Aidilfitri..syukur, Malaysia masih aman..eh?? okbai!




Keindahan =)

Monday, December 24, 2012



Assalamualaikum..

Subhanallah..Alhamdulillah..masih bernafas dan masih diberi kesempatan meneruskan kehidupan..oleh itu, nak share sesuatu yang indah bagi aku..tak pernah aku jumpe di mana2 shopping complex yang menyediakan surau yang teramat indah dan selesa..sehinggakan berasa sangat tenang untuk menunaikan solat..

Surau yang aku maksudkan adalah Surau An-Nur yang terdapat di Space U8 Shah Alam..surau nye tidak lah begitu luas tapi tersangat lah bersih..cantik..rase macam nak solat selalu kat surau tersebut..


 Pintu masuk

 Tempat meletakkan barang

Ruang solat..ade air mengalir ditepi dinding..


Tempat berwuduk

 Tempat bersiap..ade cermin besar..

Begitu kagum dengan keperihatinan pihak pengurusan di Space U8 yang menyediakan surau yang sangat cantik..moge ade lebih banyak lagi shopping complex yang akan melakukan pekara yang sama..moge2 lebih ramai lagi yang rajin untuk menunaikan solat lima waktu..amin..selamat beramal!

Majlis Persaraan...

Thursday, November 8, 2012



Assalamualaikum..

2 Nov yang lalu..genap la 28 tahun Puan Hajah Faridah Mohammad Sharif bekerja di ANGKASA..dan setelah 28 tahun, maka sampai la waktu untuk beliau bersara..Kak Faridah ni system analyst kt unit aku..expert dengan COBOL coding..memang power..anything happen kat WFL, memang kak faridah yang akan handle..



Selalu mengajar aku dan tidak kedekut ilmu..daripada zero, sekarang aku da bole memahami ape itu COBOL..Alhamdulillah..so sempena persaraan beliau, unit aku telah bergabung meletop mengadakan satu majlis bagi meraikan dan menghargai jasa beliau selama berkhidmat di ANGKASA..hadirin yang datang kebanyakannya adelah terdiri daripada rakan2 seperjuangan beliau..






Maka dikesempatan ini, aku nak ucapkan bebanyak terime kasih kepada kak Faridah..semoga akak sentiase gembire dan bahagie bersama keluarga tersayang..semoga akak sentiasa dalam keberkatan NYA..amin..
 

Dot... Dotaaa.. Dotiii.. Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez