Assalamualaikum..
Masih belom terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya
AidilAdha kepade semue..so sempena hari raye tu make kami warge lorong 3
Kampung Sungai Kandis telah mengadakan majlis makan jalinan mesra antare
penduduk lorong..lorong 3 saje..
Bermula pade pagi malam Jumaat, warge lorong 3 memulakan
sesi mengupas dan memotong bawang,serai, halia,ikan,cili dan sebagai nye..turut
merebus air gule..pagi Sabtu pule,memulakan sesi korban seekor lembu..lembu
yang dipilih agak ganas,malam2 berbunyi memberi ketakutan pade aku sebab
memikirkan adekah lembu tu nampak hantu? Hehe..Anak buah aku lak bole kua ayat ‘adik nak tengok gajah la..’ puas aku pikir
pehal die tetibe nak tengok gajah..rupenye lembu dikate gajah..hmmmmmmmmm
Kaum wanita pula memotong sayur-sayuran, membasuh beras, dan
memasak..sangat happening sebab bile da kumpul ramai2, macam2 gosip bole
dikongsi..dose! haha..warge lorong 3 memang sangat sempoi dan sporting..terbaik!
Majlis dimulakan selepas asar dengan dihadiri Jemaah masjid
Al-muhsinin Kampung Sungai Kandis..dimulakan dengan doa agar majlis yang
diadakan diberkati oleh NYA..selepas maghrib, kedatangan warge lorong 3 dan
juga tetamu2 yang dijemput..semua muke cerie sebab dapat berkumpul dan menjamu
selera..time ni la kite dapat berjumpa dan beborak antare satu same
lain..selalu semua sebok dengan urusan masing2 kan..
Majlis turut diserikan lagi dengan pemberian hamper kepade
penduduk lorong 3..muke semue hepi je sebab semue dapat..terime kasih kepade
warge lorong tige kerane memberi semangat dan kerjasame sepanjang majlis
diadakan..insyaAllah, tahun depan kite buat lagi..moge semuanye dapat kebaikan
dan manfaat bersame..amiinnnn..
P/s: cadang nak wat rombongan pule..ok x? =)