Kota Kinabalu..........

Wednesday, July 10, 2013



Assalamualaikum..

Baru berpeluang nak update..huhu..agak kebizian setelah menjadi surirumah tangga bukan sepenuh masa..hahaha..nak kongsi cerita tentang percutian ke SABAH iaitu Kota Kinabalu..bukan berhoneymoon, tapi pergi bersama rakan2 seperjuangan..Al-maklomla, planning sebelum menetapkan keputusan untuk berkahwin..

Pergi ke sana selama 4hari 3malam menaiki flight Air Asia (versi promotion). Mendarat di Terminal 2 di KK (if xsilap aku la ye), jumpe dgn juju..Juju ni kawan seangkatan kami yang tinggal di KK kerana mengikut suami nye yang bekerja di sana..ade jelas? So kat situ tunggu kereta sewa kami Viva Da Champion, kemudian kami terus menuju makan seafood kat mana ntah..aku lupe la name tempat tu..da lapar sangat kan, otak tidak dapat mengingati apa2..makanan kat situ so far so good..boleh la diterima oleh anak tekak aku..


Selesai makan, terus menuju ke Tune Hotels yang berdekatan dengan 1 Borneo shopping mall. Harga hotel memang murah tapi nak towel pon kene add on. Bilik pon agak sempit, ruang solat begitu terhad. Bila da penat dan mengantuk, redha je la ye kite..

Okla, aku terus ringkaskan je la ye aktiviti dekat sana :

Hari Kedua : sarapan bersama kemudian ke Gaya Street iaitu pasar yang panjang yang hanya dibuka pada hari Ahad sahaja bekonsepkan ala2 pasar tani..tak beli banyak pon cume aku hanya beli tempat gantung kunci yang aku letak dalam bilik je..Kemudian pegi ke Rumah Terbalik..tak de kaitan dengan sejarah, sekadar tarikan pelancong sahaja. Next, pergi ke Kundasang..perjalanan sangat jauh then singgah makan soto dan kepak ayam..ada pasar gak kat sini jual buah2 dan sayur2 tapi tak sebanyak macam kat Cameron Highlands..kecewa sebab tak dapat pegi tempat ternak lembu dan tak dapat ambil gambar berdekatan dengan kaki gunung Kinabalu.. Malam pula, mengisi perut di Tanjung Aru..sumpah tak nak datang makan kat sini lagi..sudah la dapatnye lambat, makanan pula kurang memuaskan..muka masing2 sangat tak puas hati..untuk meredakan kebengangan, kami ramai2 wat surprise sempena befday mawardy (salah sorang ahli Geng Jalanan)..Hepi Befday Mawa!






Hari Ketiga : Seawal jam tujuh pagi, sudah memulakan perjalanan untuk ke Pulau Sapi..Menaiki bot dari jeti yang berdekatan dengan Gaya Street..Sampai Pulau Sapi, sarapan dahulu dan melumur sunblock satu badan dengan tujuan untuk menjaga kulit muka..kononnyeeeeeee,haha..Aktiviti di Pulau Sapi seharusnya adalah snorkelling! Sangat cantik dan sangat jernih sehingga bole melihat coral dan ikan comel2 depan mata..kat situ pon bole cuci mata melihat mereka2 yang berbikini berpesta dan berbaring atas pasir yang putih! Wow! Malam macam biasa la, aktiviti makan je..makan di medan ikan bakar berdekatan Filipino Market dan seterusnya menonton wayang World War Z di Suria Sabah..masuk wayang aku tido sebab tak minat filem zombie yang ade sakit kancing gigi..kesiannnnn…




Hari Keempat : Check out dari hotel dan bergerak ke Filipino Market..dekat situ korang bole borong gelang mutiara, keronsang mutiara, butang baju melayu mutiara dan semua yang berkonsepkan mutiara! Hehe..nasib baik juju kenal kakak penjual tu, so bole la dapat harga murah..kat situ pon bole beli ikan bilis, kolagen dan keropok2 untuk dibawa pulang..kemudian kami pergi makan mee konlau..mee + sup ikan + sambal cili..ade option samade nak tambah susu or tak..tapi aku xmakan, tekak tak bole terime la pule..tengok member yang lain habis je telan..sedap la tu..hehe..lepas makan, maka kami pon mengatur langkah pulang ke tanah air masing2..ceeewaahhh!


So, itu saja la kisah percutian pada kali ini..Percutian seterusnya? Tak tahu la samade ade lagi atau tidak pecutian besama Geng Jalanan..masing2 ada kehidupan sendiri..makin ramai yang akan mengakhiri zaman bujang selepas ini..ape pon, semoga semuanya bahagia dan berjaya..Aminnn…

P/s : Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa :)
 

Dot... Dotaaa.. Dotiii.. Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez