Aroma Ikan Bakar

Tuesday, October 8, 2013



Assalamualaikum..

Semenjak dua tiga menjak ni..aku sangat suka makan seafood..tapi memandangkan ada allergic, so kene control la juge..Nak dijadikan bahan cerita dalam blog ni, 5 Oktober yang lalu merupakan hari kelahiran my sister-in-law..Epi befday kakak! Hehe..so, kakak telah mengajak kami adik beradik (memandangkan mak + ayah di Mekah) pergi ke Restoran Aroma Ikan Bakar di Jeram, Kuala Selangor.

Di sini segala makanan bebentuk seafood ada..korang pilih je la nak makan apa ye..syurga seafood! Haha..makanan sedap..harga pon berbaloi-baloi..view memang cantik, berdekatan dengan pantai..tempat makan boleh pilih sendiri..dun wori, tempat pasti ada..nak reserve bole, nak terjah je macam kami pon bole juge..

Aku jamin korang pasti kekenyangan seperti aku juge..sampai rumah terus tido tanpa menghiraukan sesiapa termasuk suami sendiri..haha..so, jangan lupa pergi tau..kemudahan seperti surau dan juga toilet disediakan maka boleh la makan dengan tenang..tak rugi..pasti gembira..bukan janji tapi pasti..kuikuikui!


 Pemandangan pantai..

Bole pilih tempat ekslusif..


Besar kan..pilih jangan tak pilih!

Kerapu tiga rasa..yummmmyyyyyy!

Ketam masak cili..fuyyyoooo!!!

Sotong goreng tepung..terbaek!

Udang goreng butter..

Muka gembira nak makan..

P/s : kene bersabar tunggu makanan yang di order..orang memang ramai seramai ramainya.. :)

Panggilan Haji..

Monday, October 7, 2013



Assalamualaikum..

Pada 2 Oktober yang lalu..aku dan suami beserta adik-beradik yang lain telah menghantar mak + ayah mertua ke KLIA untuk melakukan ibadah haji..Ayah + mak pergi ke Mekah mengikuti pakej MAS (Malaysia Airlines) kerana ayah merupakan salah seorang pekeja MAS yang diberi peluang untuk melakukan ibadah haji..Alhamdulillah..

 Mak pakai spec kerana mata sakit..bukan untuk begaya ye..harap maklum :p


Gembira menghantar mak + ayah tapi dalam masa yang sama sedih sebab bukan rezeki mak + abah untuk menunaikan rukun Islam yang kelima tersebut..Tak mengapa la, mungkin belum sampai rezeki mak + abah..tapi aku dapat rasa kesedihan dan kekecewaan terutamanya mak tersayang yang teringin sangat nak menunaikan ibadah haji..Sabar ye mak..org selalu berdoa agar mak dapat menjejakkan kaki ke tanah suci dan menunaikan ibadah haji..aminn..

 Gamba dari ayah..live from Mekah..


kawan pak arab ayah..hehe

Mak + Ayah dijangka pulang pada 6 November..Alhamdulillah, mak + ayah sihat dan gembira sepanjang berada disana..Ayah siap urut kaki pak arab lagi..haha, kelaka la ayah ni..Org doakan mak + ayah diberi kesihatan yang baik supaya dapat melakukan ibadah haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur..aminn..
 

Dot... Dotaaa.. Dotiii.. Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez