Assalamualaikum..
Hahahahaha..lame da tak update..jangan kate habuk, sawang
pun penuh rasenye..Sebagai hari terakhir untuk tahun 2013 ni, saje la nak cite
ape yang berlaku untuk sepanjang tahun ini..Alhamdulillah, tahun ini adalah
tahun yang menggembirakan bagi diri ku ini..
Bermula dengan bulan :
MAC 2013
Hari lahir aku yang ke 26..tua da orang yang bernama DOT ni
haaa..tapi maintain comel! Bulan ni juga rakan baik aku LIN mendirikan rumah
tangga..i’m happy for u my dear..moge ikatan perkahwinan kamu berkekalan
hendaknya..Aminnn..
APRIL 2013
Bulan yang sangat bermakna kerana aku sah menjadi isteri
kepada suamiku yang tercinta..Sangat gembira kerana akhirnya aku ada peneman
hidup untuk sepanjang hayat aku nanti..InsyaAllah..Moga perkahwinan ku juga
berkekalan selamanya..
MEI 2013
Pergi honeymoon..hehe..tak jauh pun, cume di Cameron
Highlands je..walaupape pun aku tetap gembira sebab pegi berdua saja dengan
suamiku ditempat yang sejuk dan tenang..Mase ni la kami bercinta dan mengenali
lebih dalam..dalam la sangat..yela, kami tidak becinta..cume berkawan dan terus
ke gerbang perkahwinan..
Masih gembira lagi kerana berlangsungnya majlis bertandang
dirumah suamiku..walaupun simple tapi aku tetap gembira dan bersyukur..masa ni
la aku mengenali keluarga sebelah suami serta jiran tetangga keluarga
suami..Alhamdulillah, semua menerima kehadiran aku dengan baik..terima kasih..
JUN 2013
Disebabkan da lame planning, teruskan la juga niat pergi
bercuti ke SABAH bersama rakan2 seperjuangan..hepi sangat dapat berkumpul
semula..masing2 masih gila2 macam dulu..aku terpaksa meninggalkan suami
seketika..haha, cian hubby..
JULAI 2013
Alhamdulillah..aku disahkan hamil!!! Gembira sangat..dalam
bulan ramadhan yang penuh barakah ini, aku dikurniakan rezeki yang tidak
ternilai..First time puasa bersama hubby, dapat tahu pula ada benih yang akan
membesar..Da la wat test sebelum sahur, sebab aku da rase lain macam..Bila tahu
positif, terus nanges..kejut hubby untuk bangun sahur dan tunjuk kat die hasil
test tadi..terus bulat mata hubby..Alhamdulillah, syukur…
OGOS 2013
Hari lahir encik suami..tidak la celebrate berdua..sambut
dengan kuage aku lepas balik dari solat terawih..First time juga menyambut
SYAWAL bersama suami..first time dalam hidup minta maaf selain dari mak dan
abah di pagi raya..bukan sedih, tapi lebih pada malu dan
kelaka..adoiiiiiiiii..tahun ni juga merasa balik kampung..Penang mai la
kita..dulu kampung kami dekat ja, la ni jauh la pulak..tapi kami seronok naaa
walaupon kami da start mabuk2 kepayang..hehe
OKTOBER 2013
Ayah dan mak mertua pergi menunaikan haji..gembira dalam
masa yang sama sedih juga sebab mak dan abah masih belum diberi peluang..tapi
tak mengapa, insyaAllah tahun depan ada rezeki mak dan abah ye..Aminn..
DISEMBER 2013
Alhamdulillah, diberi rezeki lagi..akhirnya aku dan suami
punya kediaman sendiri..macam2 preparation nak kena buat..tapi aku dan suami
bahagia sebab dapat peluang tinggal berdua dibawah satu bumbung yang sama..time
kasih abah!
P/S : menunggu kelahiran cahayamata yang pertama..Berdebar
dan Excited! Moga dipermudahkan J