Assalamualaikum..
Da 28 Syawal ari ni..baru dapat semangat nak update blog
pasal hari raya yang mulia..hehe..semenjak2 ni sangat la malas untuk melakukan
apa2 kerja sekalipun..Dot2, keset! Haaa..keset tu dalam bahasa jawa sama la
dengan MALAS (if tak silap aku la ye)..ok, sambung entri pasal raya!
Alhamdulillah..raya tahun ni buat pertama kali nya beraya
bersama dengan suami..So paham2 la ye ape yang aku kene buat..sediakan baju..oh
ya, baju kami pakai baju sewaktu bertandang ke rumah suami..raya tahun ni kami
berjimat cermat saja..walaupon! aku da beli baju sebelum bulan puasa
lagi..hahahaha..Yang wajib aku lakukan adalah memohon maaf pada suami ku..sebab
kan ini yang pertama kalinya, minta maaf pon masih malu2 dan gelak2..bedal la,
janji aku mohon maaf begitu juga suamiku..Tema tahun ini, ikut suka la..janji comel!
Raya tahun ni di kampung aku dulu..tak jauh pun, dekat rumah
aku la..macam biasa, berkonvoi bersama pakcik makcik dan sepupu2 ku dengan
menaiki motorsikal untuk menziarahi saudara mara yang terdekat..Suami aku
teruja dan penat sebab dia punya raya tidak seperti beraya bersama ahli
keluarga aku yang kecoh!
Pada malam nya, aku dan suami bergerak ke Balik Pulau Penang
untuk beraya bersama famly belah suami pula..beraya macam biasa ke rumah
saudara mara, berkenal-kenalan..kemudian pergi ke Kedah dan seterusnya ke
Perlis..jalan sakan na kami..seronok tapi letih..lagi2 dengan keadaan aku yang
berisi ni, mabuk dan loya sepanjang masa..huhu..Tapi tak mengapa kerana semua
itu lumrah alam..walau ape pon, raya aku tetap meriah..masih diberi kesempatan
untuk merasai suasana Hari Raya Aidilfitri..syukur, Malaysia masih aman..eh??
okbai!
0 CakapCakap:
Post a Comment