Assalamualaikum..
Pada 26 April 2013 yang lalu, maka aku sah menjadi isteri
kepada A’imullah B Abdul Razak iaitu suami ku yang tercinta..wow!
gitu..hehe..Alhamdulillah..dengan sekali lafaz di perkarangan Masjid
Al-Muhsinin Kampung Sungai Kandis dan dinikahkan oleh juru nikah dari pejabat
agama Klang..
Orang kata time nak nikah tu akan berdebar dan sedih..aku
tak berdebar, tapi sedih lebih2 lagi bila terpandang wajah abah tersayang..rasa
sayu sangat..tapi lebih banyak rasa diawang-awangan..rasa tak percaya..betol ke
aku da ada suami??
Masa majlis berlangsung pada 28 April 2013, hujan lebat
beserta guruh yang kuat turun semasa tepat2 waktu untuk aku bersanding..memang
menggelabah..tapi Alhamdulillah, keadaan menjadi tenang semula dan aku pun
dapat la bersanding seperti yang telah dirancang..
Semua berjalan dengan selamatnya..syukur padaNYA..terima
kasih juta2 kepada keluarga tercinta..makcik2 dan pakcik2 yang bekerja
keras..sepupu sepapat dan saudara mara (dapat tau juga ada yang berat tulang..tapi
tak mengapa) jiran2 sepakat..dan pada semua yang membantu sepanjang majlis
perkahwinan saya..jasa kalian sangat2 saya hargai..tak lupa juga pada keluarga
baru..hehe
malam berinai
sanding..
Aku berdoa dan berharap agar perkahwinan ini diberkati dan
sentiasa dalam keredaanNYA..Moga kami sentiasa bersama dan kuat menghadapi
dugaan dan cabaran alam perkahwinan..dan semoga kami dikurniakan zuriat yang
soleh dan solehah..amiiinnn..
p/s : da ada suami! :p
0 CakapCakap:
Post a Comment