Kawan Kite Kawin!

Tuesday, March 26, 2013



Assalamualaikum..

Berhabuk! Kesiannnn…lame tak jenguk..sempena berlangsungnye majlis perkahwinan kawan baik aku pada 22/23/24 Mac 2013 yang lalu, aku sanggup mengupdate blog aku ni..sebab aku gembira sangat dengan perkahwinan kawan baik aku a.k.a Nur Hazlinda Bt Azmi dengan suaminya Muhamad Yusri..Alhamdulillah..





Dengan sekali lafaz (tok kadi yang bekali2 nak lafaz..haha), Lin sah menjadi isteri orang dan meninggalkan aku yang bujang ni terus membujang..tapi tak pe, asalkan lin hepi so aku pun terus hepi..





Tak nak cakap panjang2, aku berdoa agar lin dan yusri bahagia melayari bahtera sebagai suami isteri..moga korang sentiasa hepi dan mendapat baby yang comel2 belaka..aku harap hubungan persahabatan kita akan sentiase berkekalan sampai akhir hayat kita..aminn…

P/s: bakal mengakhiri juge =)

Keindahan =)

Monday, December 24, 2012



Assalamualaikum..

Subhanallah..Alhamdulillah..masih bernafas dan masih diberi kesempatan meneruskan kehidupan..oleh itu, nak share sesuatu yang indah bagi aku..tak pernah aku jumpe di mana2 shopping complex yang menyediakan surau yang teramat indah dan selesa..sehinggakan berasa sangat tenang untuk menunaikan solat..

Surau yang aku maksudkan adalah Surau An-Nur yang terdapat di Space U8 Shah Alam..surau nye tidak lah begitu luas tapi tersangat lah bersih..cantik..rase macam nak solat selalu kat surau tersebut..


 Pintu masuk

 Tempat meletakkan barang

Ruang solat..ade air mengalir ditepi dinding..


Tempat berwuduk

 Tempat bersiap..ade cermin besar..

Begitu kagum dengan keperihatinan pihak pengurusan di Space U8 yang menyediakan surau yang sangat cantik..moge ade lebih banyak lagi shopping complex yang akan melakukan pekara yang sama..moge2 lebih ramai lagi yang rajin untuk menunaikan solat lima waktu..amin..selamat beramal!

Majlis Persaraan...

Thursday, November 8, 2012



Assalamualaikum..

2 Nov yang lalu..genap la 28 tahun Puan Hajah Faridah Mohammad Sharif bekerja di ANGKASA..dan setelah 28 tahun, maka sampai la waktu untuk beliau bersara..Kak Faridah ni system analyst kt unit aku..expert dengan COBOL coding..memang power..anything happen kat WFL, memang kak faridah yang akan handle..



Selalu mengajar aku dan tidak kedekut ilmu..daripada zero, sekarang aku da bole memahami ape itu COBOL..Alhamdulillah..so sempena persaraan beliau, unit aku telah bergabung meletop mengadakan satu majlis bagi meraikan dan menghargai jasa beliau selama berkhidmat di ANGKASA..hadirin yang datang kebanyakannya adelah terdiri daripada rakan2 seperjuangan beliau..






Maka dikesempatan ini, aku nak ucapkan bebanyak terime kasih kepada kak Faridah..semoga akak sentiase gembire dan bahagie bersama keluarga tersayang..semoga akak sentiasa dalam keberkatan NYA..amin..

AidilAdha ~ Jalinan Mesra

Monday, October 29, 2012



Assalamualaikum..

Masih belom terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepade semue..so sempena hari raye tu make kami warge lorong 3 Kampung Sungai Kandis telah mengadakan majlis makan jalinan mesra antare penduduk lorong..lorong 3 saje..

Bermula pade pagi malam Jumaat, warge lorong 3 memulakan sesi mengupas dan memotong bawang,serai, halia,ikan,cili dan sebagai nye..turut merebus air gule..pagi Sabtu pule,memulakan sesi korban seekor lembu..lembu yang dipilih agak ganas,malam2 berbunyi memberi ketakutan pade aku sebab memikirkan adekah lembu tu nampak hantu? Hehe..Anak buah aku lak bole kua ayat  ‘adik nak tengok gajah la..’ puas aku pikir pehal die tetibe nak tengok gajah..rupenye lembu dikate gajah..hmmmmmmmmm




Kaum wanita pula memotong sayur-sayuran, membasuh beras, dan memasak..sangat happening sebab bile da kumpul ramai2, macam2 gosip bole dikongsi..dose! haha..warge lorong 3 memang sangat sempoi dan sporting..terbaik!


Majlis dimulakan selepas asar dengan dihadiri Jemaah masjid Al-muhsinin Kampung Sungai Kandis..dimulakan dengan doa agar majlis yang diadakan diberkati oleh NYA..selepas maghrib, kedatangan warge lorong 3 dan juga tetamu2 yang dijemput..semua muke cerie sebab dapat berkumpul dan menjamu selera..time ni la kite dapat berjumpa dan beborak antare satu same lain..selalu semua sebok dengan urusan masing2 kan..







Majlis turut diserikan lagi dengan pemberian hamper kepade penduduk lorong 3..muke semue hepi je sebab semue dapat..terime kasih kepade warge lorong tige kerane memberi semangat dan kerjasame sepanjang majlis diadakan..insyaAllah, tahun depan kite buat lagi..moge semuanye dapat kebaikan dan manfaat bersame..amiinnnn..






P/s: cadang nak wat rombongan pule..ok x? =)
 

Dot... Dotaaa.. Dotiii.. Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez