Assalamualaikum..
Fuuhhhhhhhhhhhhhhh! Tiup habuk dan sawang2 yang sekian lama
menghuni blog ini..huhu..Alhamdulillah..syukur ke hadrat Yang Maha Esa..masih
diberi peluang bernafas lagi..Kehidupan semakin bahagia dan penuh bermakna
dengan kehadiran cahayamata yang pertama..Dot da jadi ibu??? Sungguh tak
pecaya..hehe..Tapi itulah hakikatnya..
Pada 1 April 2014, lahirlah hero ibu ke dunia pada jam 6:13
pagi dengan berat 3.1 kg..masih ingat lagi, azan subuh sedang berkumandang
ketika itu..sedih + gembira + syukur yang tidak terhingga bila mendengar tangisan
bayi..Detik2 kelahiran memang tidak boleh aku lupakan..sakitnya hanya ALLAH
yang tahu..tidak boleh digambarkan dan disamakan dengan apa pun..barulah aku
rasa apa yang mak rasa ketika melahirkan..besar nya pengorbanan mak pada
aku..sayang MAK juta2! Tacing!
1st Day..
Teringat waktu itu aku baru je balik dari makan malam dengan
hubby..balik dari makan terus ke toilet sebab rasa basah..tengok2 ada
darah..menggelabah dan terus call my cousin YOT..dia pesan kalau belum rasa
sakit tak perlu ke hospital, just standby je..detik 12 malam, darah makin
banyak kelua..terus ajak hubby ke hospital..hubby lak menggelabah! Haha..adoiiii
nya pun..
Sampai hospital, nurse suruh salin baju..bermula proses
pertanyaan..doktor minta baring di katil untuk ambil bacaan denyutan jantung
baby..sambil tu doktor seluk untuk tahu bukaan! Masa seluk
tu..uiiiiiiiiiii..sakitnya! rasa macam nak sepak je doktor tu..Siap segala nya,
aku dibenarkan masuk wad..aku masih relax dan tidak ada rasa sakit..
Keesokan petang, aku perasan sakit perut + pinggang makin
kerap..membawa sampai ke jam 3 pagi..mata memang da tak rase nak lelap, yang
aku rasa ialah sakit yang teramat dan terus menagis..aku pun panggil
nurse..terus doktor datang dan periksa bukaan..waktu itu sudah 5cm..mereka
bertindak memecahkan air ketuban..selepas itu, mereka bawa aku ke labour room..sampai
disitu mereka dapati bacaan jantung baby semakin lemah..Aku dikhabarkan yang
aku perlu di bedah! Waktu itu terasa sedih juge sebab tak dapat bersalin secara
normal..
Nenek pakai kan tepung ubi..redakan ruam panas..
Sebulan..
Lepas cucuk sana sini, aku dibawa ke bilik bedah..sebelum
itu, aku diminta untuk bersalam dengan suami..tak cakap pape, hanya mengalirkan
air mata..aku dibius separuh badan dan bermula la proses pembedahan..aku tak
rase pape cume mengantuk dan sejuk! Tak lama, aku dengar baby menangis
sekaligus azan subuh..Doktor beritahu “Puan..ini anak puan..nampak tak baby
ape?” lantas aku menjawab “baby boy”..didekatkan anak aku untuk aku cium..Indah
sungguh waktu itu!
Niyaz Nu’man Bin A’imullah nama diberi..bermaksud Doa dan harapan kebaikan..kini da 2bulan da
anak ibu..Alhamdulillah, anak ibu sihat dan ceria..walaupun ibu tepaksa bejaga
malam, ibu sanggup demi sinari nari ibu..hehe..Ibu dan Abi berdoa dan berharap
Niyaz membesar dengan sihat dan menjadi anak yang SOLEH..Aminnn..
Niyaz with Abi..
Niyaz with Ibu..muka nak gangster!
2bulan..tumbuk nak?!!
0 CakapCakap:
Post a Comment