Setengah Mati Merindu..

Wednesday, May 22, 2013

Assalamualaikum..

Sangat2 suke lagu ni..melodi nye best! kalau balik keje, aku memang suke tido..semue ni setelah ade suami tesayang (ecececehhh..muntah!) yang menjadi pemandu peribadi..yang magic nye, bile bekumandang je lagu ni kat radio automatic aku terus sedar dari lena sambil tesengih kat suami..en suami tahu lagu ni lagu fevret isteri die..hehe

Mengapa waktu
Tak pernah berpihak kepadaku
Apakah aku terlalu
Terlalu banyak berkelana


Mengapa kita
Masih saja tak pernah bersatu
Selalu saja bertemu bertemu saat
Kau milik yang lain


Mungkin kau bukanlah jodohku
Bukan takdirku
Terus terang


Aku merindukanmu
Setengah mati merindu
Merindu
Tiada henti merindukanmu
Masih hatiku untukmu
Aku tetap menunggumu


Mengapa waktu
Tak pernah berpihak kepadaku
Apakah aku terlalu
Terlalu banyak berkelana


Mungkin kau bukanlah jodohku
Atau bahkan bukan takdirku
Terus terang


Aku merindukanmu
Setengah mati merindu
Tiada henti merindukanmu
Masih hatiku untukmu


Aku merindukanmu
Masih hatiku untukmu

Aku tetap menunggumu

Menunggumu
Menunggumu
Aku tetap menunggumu



 p/s : mood kawin lagi ;)

I am Puan Dot!

Tuesday, May 14, 2013



Assalamualaikum..

Pada 26 April 2013 yang lalu, maka aku sah menjadi isteri kepada A’imullah B Abdul Razak iaitu suami ku yang tercinta..wow! gitu..hehe..Alhamdulillah..dengan sekali lafaz di perkarangan Masjid Al-Muhsinin Kampung Sungai Kandis dan dinikahkan oleh juru nikah dari pejabat agama Klang..

Orang kata time nak nikah tu akan berdebar dan sedih..aku tak berdebar, tapi sedih lebih2 lagi bila terpandang wajah abah tersayang..rasa sayu sangat..tapi lebih banyak rasa diawang-awangan..rasa tak percaya..betol ke aku da ada suami??

Masa majlis berlangsung pada 28 April 2013, hujan lebat beserta guruh yang kuat turun semasa tepat2 waktu untuk aku bersanding..memang menggelabah..tapi Alhamdulillah, keadaan menjadi tenang semula dan aku pun dapat la bersanding seperti yang telah dirancang..



Semua berjalan dengan selamatnya..syukur padaNYA..terima kasih juta2 kepada keluarga tercinta..makcik2 dan pakcik2 yang bekerja keras..sepupu sepapat dan saudara mara (dapat tau juga ada yang berat tulang..tapi tak mengapa) jiran2 sepakat..dan pada semua yang membantu sepanjang majlis perkahwinan saya..jasa kalian sangat2 saya hargai..tak lupa juga pada keluarga baru..hehe

 malam berinai 

sanding..

Aku berdoa dan berharap agar perkahwinan ini diberkati dan sentiasa dalam keredaanNYA..Moga kami sentiasa bersama dan kuat menghadapi dugaan dan cabaran alam perkahwinan..dan semoga kami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..amiiinnn..

p/s : da ada suami! :p

Kawan Kite Kawin!

Tuesday, March 26, 2013



Assalamualaikum..

Berhabuk! Kesiannnn…lame tak jenguk..sempena berlangsungnye majlis perkahwinan kawan baik aku pada 22/23/24 Mac 2013 yang lalu, aku sanggup mengupdate blog aku ni..sebab aku gembira sangat dengan perkahwinan kawan baik aku a.k.a Nur Hazlinda Bt Azmi dengan suaminya Muhamad Yusri..Alhamdulillah..





Dengan sekali lafaz (tok kadi yang bekali2 nak lafaz..haha), Lin sah menjadi isteri orang dan meninggalkan aku yang bujang ni terus membujang..tapi tak pe, asalkan lin hepi so aku pun terus hepi..





Tak nak cakap panjang2, aku berdoa agar lin dan yusri bahagia melayari bahtera sebagai suami isteri..moga korang sentiasa hepi dan mendapat baby yang comel2 belaka..aku harap hubungan persahabatan kita akan sentiase berkekalan sampai akhir hayat kita..aminn…

P/s: bakal mengakhiri juge =)

Keindahan =)

Monday, December 24, 2012



Assalamualaikum..

Subhanallah..Alhamdulillah..masih bernafas dan masih diberi kesempatan meneruskan kehidupan..oleh itu, nak share sesuatu yang indah bagi aku..tak pernah aku jumpe di mana2 shopping complex yang menyediakan surau yang teramat indah dan selesa..sehinggakan berasa sangat tenang untuk menunaikan solat..

Surau yang aku maksudkan adalah Surau An-Nur yang terdapat di Space U8 Shah Alam..surau nye tidak lah begitu luas tapi tersangat lah bersih..cantik..rase macam nak solat selalu kat surau tersebut..


 Pintu masuk

 Tempat meletakkan barang

Ruang solat..ade air mengalir ditepi dinding..


Tempat berwuduk

 Tempat bersiap..ade cermin besar..

Begitu kagum dengan keperihatinan pihak pengurusan di Space U8 yang menyediakan surau yang sangat cantik..moge ade lebih banyak lagi shopping complex yang akan melakukan pekara yang sama..moge2 lebih ramai lagi yang rajin untuk menunaikan solat lima waktu..amin..selamat beramal!

Majlis Persaraan...

Thursday, November 8, 2012



Assalamualaikum..

2 Nov yang lalu..genap la 28 tahun Puan Hajah Faridah Mohammad Sharif bekerja di ANGKASA..dan setelah 28 tahun, maka sampai la waktu untuk beliau bersara..Kak Faridah ni system analyst kt unit aku..expert dengan COBOL coding..memang power..anything happen kat WFL, memang kak faridah yang akan handle..



Selalu mengajar aku dan tidak kedekut ilmu..daripada zero, sekarang aku da bole memahami ape itu COBOL..Alhamdulillah..so sempena persaraan beliau, unit aku telah bergabung meletop mengadakan satu majlis bagi meraikan dan menghargai jasa beliau selama berkhidmat di ANGKASA..hadirin yang datang kebanyakannya adelah terdiri daripada rakan2 seperjuangan beliau..






Maka dikesempatan ini, aku nak ucapkan bebanyak terime kasih kepada kak Faridah..semoga akak sentiase gembire dan bahagie bersama keluarga tersayang..semoga akak sentiasa dalam keberkatan NYA..amin..
 

Dot... Dotaaa.. Dotiii.. Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez