Niyaz Nu'man 1414

Thursday, June 12, 2014



Assalamualaikum..

Fuuhhhhhhhhhhhhhhh! Tiup habuk dan sawang2 yang sekian lama menghuni blog ini..huhu..Alhamdulillah..syukur ke hadrat Yang Maha Esa..masih diberi peluang bernafas lagi..Kehidupan semakin bahagia dan penuh bermakna dengan kehadiran cahayamata yang pertama..Dot da jadi ibu??? Sungguh tak pecaya..hehe..Tapi itulah hakikatnya..

Pada 1 April 2014, lahirlah hero ibu ke dunia pada jam 6:13 pagi dengan berat 3.1 kg..masih ingat lagi, azan subuh sedang berkumandang ketika itu..sedih + gembira + syukur yang tidak terhingga bila mendengar tangisan bayi..Detik2 kelahiran memang tidak boleh aku lupakan..sakitnya hanya ALLAH yang tahu..tidak boleh digambarkan dan disamakan dengan apa pun..barulah aku rasa apa yang mak rasa ketika melahirkan..besar nya pengorbanan mak pada aku..sayang MAK juta2! Tacing!

 1st Day..

Teringat waktu itu aku baru je balik dari makan malam dengan hubby..balik dari makan terus ke toilet sebab rasa basah..tengok2 ada darah..menggelabah dan terus call my cousin YOT..dia pesan kalau belum rasa sakit tak perlu ke hospital, just standby je..detik 12 malam, darah makin banyak kelua..terus ajak hubby ke hospital..hubby lak menggelabah! Haha..adoiiii nya pun..

Sampai hospital, nurse suruh salin baju..bermula proses pertanyaan..doktor minta baring di katil untuk ambil bacaan denyutan jantung baby..sambil tu doktor seluk untuk tahu bukaan! Masa seluk tu..uiiiiiiiiiii..sakitnya! rasa macam nak sepak je doktor tu..Siap segala nya, aku dibenarkan masuk wad..aku masih relax dan tidak ada rasa sakit..

Keesokan petang, aku perasan sakit perut + pinggang makin kerap..membawa sampai ke jam 3 pagi..mata memang da tak rase nak lelap, yang aku rasa ialah sakit yang teramat dan terus menagis..aku pun panggil nurse..terus doktor datang dan periksa bukaan..waktu itu sudah 5cm..mereka bertindak memecahkan air ketuban..selepas itu, mereka bawa aku ke labour room..sampai disitu mereka dapati bacaan jantung baby semakin lemah..Aku dikhabarkan yang aku perlu di bedah! Waktu itu terasa sedih juge sebab tak dapat bersalin secara normal..

 Nenek pakai kan tepung ubi..redakan ruam panas..

Sebulan..

Lepas cucuk sana sini, aku dibawa ke bilik bedah..sebelum itu, aku diminta untuk bersalam dengan suami..tak cakap pape, hanya mengalirkan air mata..aku dibius separuh badan dan bermula la proses pembedahan..aku tak rase pape cume mengantuk dan sejuk! Tak lama, aku dengar baby menangis sekaligus azan subuh..Doktor beritahu “Puan..ini anak puan..nampak tak baby ape?” lantas aku menjawab “baby boy”..didekatkan anak aku untuk aku cium..Indah sungguh waktu itu!

Niyaz Nu’man Bin A’imullah nama diberi..bermaksud Doa dan harapan kebaikan..kini da 2bulan da anak ibu..Alhamdulillah, anak ibu sihat dan ceria..walaupun ibu tepaksa bejaga malam, ibu sanggup demi sinari nari ibu..hehe..Ibu dan Abi berdoa dan berharap Niyaz membesar dengan sihat dan menjadi anak yang SOLEH..Aminnn..

 Niyaz with Abi..

Niyaz with Ibu..muka nak gangster!

2bulan..tumbuk nak?!!

2013....Bye!

Tuesday, December 31, 2013



Assalamualaikum..

Hahahahaha..lame da tak update..jangan kate habuk, sawang pun penuh rasenye..Sebagai hari terakhir untuk tahun 2013 ni, saje la nak cite ape yang berlaku untuk sepanjang tahun ini..Alhamdulillah, tahun ini adalah tahun yang menggembirakan bagi diri ku ini..
Bermula dengan bulan :

MAC 2013
Hari lahir aku yang ke 26..tua da orang yang bernama DOT ni haaa..tapi maintain comel! Bulan ni juga rakan baik aku LIN mendirikan rumah tangga..i’m happy for u my dear..moge ikatan perkahwinan kamu berkekalan hendaknya..Aminnn..

APRIL 2013
Bulan yang sangat bermakna kerana aku sah menjadi isteri kepada suamiku yang tercinta..Sangat gembira kerana akhirnya aku ada peneman hidup untuk sepanjang hayat aku nanti..InsyaAllah..Moga perkahwinan ku juga berkekalan selamanya..


MEI 2013
Pergi honeymoon..hehe..tak jauh pun, cume di Cameron Highlands je..walaupape pun aku tetap gembira sebab pegi berdua saja dengan suamiku ditempat yang sejuk dan tenang..Mase ni la kami bercinta dan mengenali lebih dalam..dalam la sangat..yela, kami tidak becinta..cume berkawan dan terus ke gerbang perkahwinan..
Masih gembira lagi kerana berlangsungnya majlis bertandang dirumah suamiku..walaupun simple tapi aku tetap gembira dan bersyukur..masa ni la aku mengenali keluarga sebelah suami serta jiran tetangga keluarga suami..Alhamdulillah, semua menerima kehadiran aku dengan baik..terima kasih..



JUN 2013
Disebabkan da lame planning, teruskan la juga niat pergi bercuti ke SABAH bersama rakan2 seperjuangan..hepi sangat dapat berkumpul semula..masing2 masih gila2 macam dulu..aku terpaksa meninggalkan suami seketika..haha, cian hubby..



JULAI 2013
Alhamdulillah..aku disahkan hamil!!! Gembira sangat..dalam bulan ramadhan yang penuh barakah ini, aku dikurniakan rezeki yang tidak ternilai..First time puasa bersama hubby, dapat tahu pula ada benih yang akan membesar..Da la wat test sebelum sahur, sebab aku da rase lain macam..Bila tahu positif, terus nanges..kejut hubby untuk bangun sahur dan tunjuk kat die hasil test tadi..terus bulat mata hubby..Alhamdulillah, syukur…

OGOS 2013
Hari lahir encik suami..tidak la celebrate berdua..sambut dengan kuage aku lepas balik dari solat terawih..First time juga menyambut SYAWAL bersama suami..first time dalam hidup minta maaf selain dari mak dan abah di pagi raya..bukan sedih, tapi lebih pada malu dan kelaka..adoiiiiiiiii..tahun ni juga merasa balik kampung..Penang mai la kita..dulu kampung kami dekat ja, la ni jauh la pulak..tapi kami seronok naaa walaupon kami da start mabuk2 kepayang..hehe

OKTOBER 2013
Ayah dan mak mertua pergi menunaikan haji..gembira dalam masa yang sama sedih juga sebab mak dan abah masih belum diberi peluang..tapi tak mengapa, insyaAllah tahun depan ada rezeki mak dan abah ye..Aminn..

DISEMBER 2013
Alhamdulillah, diberi rezeki lagi..akhirnya aku dan suami punya kediaman sendiri..macam2 preparation nak kena buat..tapi aku dan suami bahagia sebab dapat peluang tinggal berdua dibawah satu bumbung yang sama..time kasih abah!



P/S : menunggu kelahiran cahayamata yang pertama..Berdebar dan Excited! Moga dipermudahkan J

Aroma Ikan Bakar

Tuesday, October 8, 2013



Assalamualaikum..

Semenjak dua tiga menjak ni..aku sangat suka makan seafood..tapi memandangkan ada allergic, so kene control la juge..Nak dijadikan bahan cerita dalam blog ni, 5 Oktober yang lalu merupakan hari kelahiran my sister-in-law..Epi befday kakak! Hehe..so, kakak telah mengajak kami adik beradik (memandangkan mak + ayah di Mekah) pergi ke Restoran Aroma Ikan Bakar di Jeram, Kuala Selangor.

Di sini segala makanan bebentuk seafood ada..korang pilih je la nak makan apa ye..syurga seafood! Haha..makanan sedap..harga pon berbaloi-baloi..view memang cantik, berdekatan dengan pantai..tempat makan boleh pilih sendiri..dun wori, tempat pasti ada..nak reserve bole, nak terjah je macam kami pon bole juge..

Aku jamin korang pasti kekenyangan seperti aku juge..sampai rumah terus tido tanpa menghiraukan sesiapa termasuk suami sendiri..haha..so, jangan lupa pergi tau..kemudahan seperti surau dan juga toilet disediakan maka boleh la makan dengan tenang..tak rugi..pasti gembira..bukan janji tapi pasti..kuikuikui!


 Pemandangan pantai..

Bole pilih tempat ekslusif..


Besar kan..pilih jangan tak pilih!

Kerapu tiga rasa..yummmmyyyyyy!

Ketam masak cili..fuyyyoooo!!!

Sotong goreng tepung..terbaek!

Udang goreng butter..

Muka gembira nak makan..

P/s : kene bersabar tunggu makanan yang di order..orang memang ramai seramai ramainya.. :)

Panggilan Haji..

Monday, October 7, 2013



Assalamualaikum..

Pada 2 Oktober yang lalu..aku dan suami beserta adik-beradik yang lain telah menghantar mak + ayah mertua ke KLIA untuk melakukan ibadah haji..Ayah + mak pergi ke Mekah mengikuti pakej MAS (Malaysia Airlines) kerana ayah merupakan salah seorang pekeja MAS yang diberi peluang untuk melakukan ibadah haji..Alhamdulillah..

 Mak pakai spec kerana mata sakit..bukan untuk begaya ye..harap maklum :p


Gembira menghantar mak + ayah tapi dalam masa yang sama sedih sebab bukan rezeki mak + abah untuk menunaikan rukun Islam yang kelima tersebut..Tak mengapa la, mungkin belum sampai rezeki mak + abah..tapi aku dapat rasa kesedihan dan kekecewaan terutamanya mak tersayang yang teringin sangat nak menunaikan ibadah haji..Sabar ye mak..org selalu berdoa agar mak dapat menjejakkan kaki ke tanah suci dan menunaikan ibadah haji..aminn..

 Gamba dari ayah..live from Mekah..


kawan pak arab ayah..hehe

Mak + Ayah dijangka pulang pada 6 November..Alhamdulillah, mak + ayah sihat dan gembira sepanjang berada disana..Ayah siap urut kaki pak arab lagi..haha, kelaka la ayah ni..Org doakan mak + ayah diberi kesihatan yang baik supaya dapat melakukan ibadah haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur..aminn..
 

Dot... Dotaaa.. Dotiii.. Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez