Raya Raya Rayaaaaaaaaa!

Wednesday, September 4, 2013



Assalamualaikum..

Da 28 Syawal ari ni..baru dapat semangat nak update blog pasal hari raya yang mulia..hehe..semenjak2 ni sangat la malas untuk melakukan apa2 kerja sekalipun..Dot2, keset! Haaa..keset tu dalam bahasa jawa sama la dengan MALAS (if tak silap aku la ye)..ok, sambung entri pasal raya!

Alhamdulillah..raya tahun ni buat pertama kali nya beraya bersama dengan suami..So paham2 la ye ape yang aku kene buat..sediakan baju..oh ya, baju kami pakai baju sewaktu bertandang ke rumah suami..raya tahun ni kami berjimat cermat saja..walaupon! aku da beli baju sebelum bulan puasa lagi..hahahaha..Yang wajib aku lakukan adalah memohon maaf pada suami ku..sebab kan ini yang pertama kalinya, minta maaf pon masih malu2 dan gelak2..bedal la, janji aku mohon maaf begitu juga suamiku..Tema tahun ini, ikut suka la..janji comel!





 



Raya tahun ni di kampung aku dulu..tak jauh pun, dekat rumah aku la..macam biasa, berkonvoi bersama pakcik makcik dan sepupu2 ku dengan menaiki motorsikal untuk menziarahi saudara mara yang terdekat..Suami aku teruja dan penat sebab dia punya raya tidak seperti beraya bersama ahli keluarga aku yang kecoh!

Pada malam nya, aku dan suami bergerak ke Balik Pulau Penang untuk beraya bersama famly belah suami pula..beraya macam biasa ke rumah saudara mara, berkenal-kenalan..kemudian pergi ke Kedah dan seterusnya ke Perlis..jalan sakan na kami..seronok tapi letih..lagi2 dengan keadaan aku yang berisi ni, mabuk dan loya sepanjang masa..huhu..Tapi tak mengapa kerana semua itu lumrah alam..walau ape pon, raya aku tetap meriah..masih diberi kesempatan untuk merasai suasana Hari Raya Aidilfitri..syukur, Malaysia masih aman..eh?? okbai!




Kota Kinabalu..........

Wednesday, July 10, 2013



Assalamualaikum..

Baru berpeluang nak update..huhu..agak kebizian setelah menjadi surirumah tangga bukan sepenuh masa..hahaha..nak kongsi cerita tentang percutian ke SABAH iaitu Kota Kinabalu..bukan berhoneymoon, tapi pergi bersama rakan2 seperjuangan..Al-maklomla, planning sebelum menetapkan keputusan untuk berkahwin..

Pergi ke sana selama 4hari 3malam menaiki flight Air Asia (versi promotion). Mendarat di Terminal 2 di KK (if xsilap aku la ye), jumpe dgn juju..Juju ni kawan seangkatan kami yang tinggal di KK kerana mengikut suami nye yang bekerja di sana..ade jelas? So kat situ tunggu kereta sewa kami Viva Da Champion, kemudian kami terus menuju makan seafood kat mana ntah..aku lupe la name tempat tu..da lapar sangat kan, otak tidak dapat mengingati apa2..makanan kat situ so far so good..boleh la diterima oleh anak tekak aku..


Selesai makan, terus menuju ke Tune Hotels yang berdekatan dengan 1 Borneo shopping mall. Harga hotel memang murah tapi nak towel pon kene add on. Bilik pon agak sempit, ruang solat begitu terhad. Bila da penat dan mengantuk, redha je la ye kite..

Okla, aku terus ringkaskan je la ye aktiviti dekat sana :

Hari Kedua : sarapan bersama kemudian ke Gaya Street iaitu pasar yang panjang yang hanya dibuka pada hari Ahad sahaja bekonsepkan ala2 pasar tani..tak beli banyak pon cume aku hanya beli tempat gantung kunci yang aku letak dalam bilik je..Kemudian pegi ke Rumah Terbalik..tak de kaitan dengan sejarah, sekadar tarikan pelancong sahaja. Next, pergi ke Kundasang..perjalanan sangat jauh then singgah makan soto dan kepak ayam..ada pasar gak kat sini jual buah2 dan sayur2 tapi tak sebanyak macam kat Cameron Highlands..kecewa sebab tak dapat pegi tempat ternak lembu dan tak dapat ambil gambar berdekatan dengan kaki gunung Kinabalu.. Malam pula, mengisi perut di Tanjung Aru..sumpah tak nak datang makan kat sini lagi..sudah la dapatnye lambat, makanan pula kurang memuaskan..muka masing2 sangat tak puas hati..untuk meredakan kebengangan, kami ramai2 wat surprise sempena befday mawardy (salah sorang ahli Geng Jalanan)..Hepi Befday Mawa!






Hari Ketiga : Seawal jam tujuh pagi, sudah memulakan perjalanan untuk ke Pulau Sapi..Menaiki bot dari jeti yang berdekatan dengan Gaya Street..Sampai Pulau Sapi, sarapan dahulu dan melumur sunblock satu badan dengan tujuan untuk menjaga kulit muka..kononnyeeeeeee,haha..Aktiviti di Pulau Sapi seharusnya adalah snorkelling! Sangat cantik dan sangat jernih sehingga bole melihat coral dan ikan comel2 depan mata..kat situ pon bole cuci mata melihat mereka2 yang berbikini berpesta dan berbaring atas pasir yang putih! Wow! Malam macam biasa la, aktiviti makan je..makan di medan ikan bakar berdekatan Filipino Market dan seterusnya menonton wayang World War Z di Suria Sabah..masuk wayang aku tido sebab tak minat filem zombie yang ade sakit kancing gigi..kesiannnnn…




Hari Keempat : Check out dari hotel dan bergerak ke Filipino Market..dekat situ korang bole borong gelang mutiara, keronsang mutiara, butang baju melayu mutiara dan semua yang berkonsepkan mutiara! Hehe..nasib baik juju kenal kakak penjual tu, so bole la dapat harga murah..kat situ pon bole beli ikan bilis, kolagen dan keropok2 untuk dibawa pulang..kemudian kami pergi makan mee konlau..mee + sup ikan + sambal cili..ade option samade nak tambah susu or tak..tapi aku xmakan, tekak tak bole terime la pule..tengok member yang lain habis je telan..sedap la tu..hehe..lepas makan, maka kami pon mengatur langkah pulang ke tanah air masing2..ceeewaahhh!


So, itu saja la kisah percutian pada kali ini..Percutian seterusnya? Tak tahu la samade ade lagi atau tidak pecutian besama Geng Jalanan..masing2 ada kehidupan sendiri..makin ramai yang akan mengakhiri zaman bujang selepas ini..ape pon, semoga semuanya bahagia dan berjaya..Aminnn…

P/s : Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa :)

Setengah Mati Merindu..

Wednesday, May 22, 2013

Assalamualaikum..

Sangat2 suke lagu ni..melodi nye best! kalau balik keje, aku memang suke tido..semue ni setelah ade suami tesayang (ecececehhh..muntah!) yang menjadi pemandu peribadi..yang magic nye, bile bekumandang je lagu ni kat radio automatic aku terus sedar dari lena sambil tesengih kat suami..en suami tahu lagu ni lagu fevret isteri die..hehe

Mengapa waktu
Tak pernah berpihak kepadaku
Apakah aku terlalu
Terlalu banyak berkelana


Mengapa kita
Masih saja tak pernah bersatu
Selalu saja bertemu bertemu saat
Kau milik yang lain


Mungkin kau bukanlah jodohku
Bukan takdirku
Terus terang


Aku merindukanmu
Setengah mati merindu
Merindu
Tiada henti merindukanmu
Masih hatiku untukmu
Aku tetap menunggumu


Mengapa waktu
Tak pernah berpihak kepadaku
Apakah aku terlalu
Terlalu banyak berkelana


Mungkin kau bukanlah jodohku
Atau bahkan bukan takdirku
Terus terang


Aku merindukanmu
Setengah mati merindu
Tiada henti merindukanmu
Masih hatiku untukmu


Aku merindukanmu
Masih hatiku untukmu

Aku tetap menunggumu

Menunggumu
Menunggumu
Aku tetap menunggumu



 p/s : mood kawin lagi ;)

I am Puan Dot!

Tuesday, May 14, 2013



Assalamualaikum..

Pada 26 April 2013 yang lalu, maka aku sah menjadi isteri kepada A’imullah B Abdul Razak iaitu suami ku yang tercinta..wow! gitu..hehe..Alhamdulillah..dengan sekali lafaz di perkarangan Masjid Al-Muhsinin Kampung Sungai Kandis dan dinikahkan oleh juru nikah dari pejabat agama Klang..

Orang kata time nak nikah tu akan berdebar dan sedih..aku tak berdebar, tapi sedih lebih2 lagi bila terpandang wajah abah tersayang..rasa sayu sangat..tapi lebih banyak rasa diawang-awangan..rasa tak percaya..betol ke aku da ada suami??

Masa majlis berlangsung pada 28 April 2013, hujan lebat beserta guruh yang kuat turun semasa tepat2 waktu untuk aku bersanding..memang menggelabah..tapi Alhamdulillah, keadaan menjadi tenang semula dan aku pun dapat la bersanding seperti yang telah dirancang..



Semua berjalan dengan selamatnya..syukur padaNYA..terima kasih juta2 kepada keluarga tercinta..makcik2 dan pakcik2 yang bekerja keras..sepupu sepapat dan saudara mara (dapat tau juga ada yang berat tulang..tapi tak mengapa) jiran2 sepakat..dan pada semua yang membantu sepanjang majlis perkahwinan saya..jasa kalian sangat2 saya hargai..tak lupa juga pada keluarga baru..hehe

 malam berinai 

sanding..

Aku berdoa dan berharap agar perkahwinan ini diberkati dan sentiasa dalam keredaanNYA..Moga kami sentiasa bersama dan kuat menghadapi dugaan dan cabaran alam perkahwinan..dan semoga kami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..amiiinnn..

p/s : da ada suami! :p

Kawan Kite Kawin!

Tuesday, March 26, 2013



Assalamualaikum..

Berhabuk! Kesiannnn…lame tak jenguk..sempena berlangsungnye majlis perkahwinan kawan baik aku pada 22/23/24 Mac 2013 yang lalu, aku sanggup mengupdate blog aku ni..sebab aku gembira sangat dengan perkahwinan kawan baik aku a.k.a Nur Hazlinda Bt Azmi dengan suaminya Muhamad Yusri..Alhamdulillah..





Dengan sekali lafaz (tok kadi yang bekali2 nak lafaz..haha), Lin sah menjadi isteri orang dan meninggalkan aku yang bujang ni terus membujang..tapi tak pe, asalkan lin hepi so aku pun terus hepi..





Tak nak cakap panjang2, aku berdoa agar lin dan yusri bahagia melayari bahtera sebagai suami isteri..moga korang sentiasa hepi dan mendapat baby yang comel2 belaka..aku harap hubungan persahabatan kita akan sentiase berkekalan sampai akhir hayat kita..aminn…

P/s: bakal mengakhiri juge =)
 

Dot... Dotaaa.. Dotiii.. Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez