Team Building ...

Monday, January 30, 2012

Assalamualaikum..

Kejadian minggu lepas, tapi baru nak cite..hehe..so, nak dijadikan cite minggu lepas aku dan kakitangan BPKP Angkasa telah mengikuti kursus Team Building..kursus ini diwajibkan pergi bagi semua kakitangan..maka, harus la berkorban untuk meninggalkan suami, isteri, anak2 dan kuage tercinta..sob2..hehe..Team Building ini telah diadakan di Chandekura, Langkawi..Sebanyak lima buah bas yang telah dipenuhi oleh seramai-ramai kakitangan!

Pada mulanya (ayat skema jap), aku memang sangat la tak eksaited! Yela..dikalangan kakitangan ni, jumlah mereka yang bujang tu agak terhad..yg len sume sudah ade rumah dan tangga sendiri..lagi pule aku baru je join dalam ANGKASA ni, maka bilangan kawan2 tu agak terhad..nasib baik akak2 di unit aku mempelawe aku untuk memfollow dorang mase di sane nanti..aku tergolong dalam mereka yang menaiki bas no 5..nak naik bas pon ikut abjad ye..oleh kerana nama aku stat dari huruf ‘S’, so dapat la bas yang terakhir..huhu, redha kerana aku ade teman dalam bas tu..

Maka, sebelum bertolak sume kakitangan dikehendaki untuk mendaftar kan diri..mase daftar tu dapat la tshirt dan juge diari kecil untuk catatan..bertolak dari pejabat pukul 10.30 malam..masuk dalam bas, aku beborak dengan partner aku ‘Zu’..borak kejap, kemudian tido! Hahaha..mase tu kesihatan kurang baik..setiap kali bas behenti, memang aku tido je..terbaik!

 Dengar taklimat dulu..

Tiba di jeti Kuala Perlis dalam 6.30 pagi..kat sini, ahli rombongan bersolat subuh sementare menunggu bas yang lain sampai..selepas solat, kami disediakan makanan yang banyak dan sedap..memandangkan aku tak bole makan pagi, maka minum air panas suda cukup..kat sini duduk sambil menikmati pemandangan indah, tenang! Dalam pukul 8.30 pagi, sume perlu menaiki feri..mase ni memang best sebab kiri kanan tangan aku penuh dengan barang..siap kene sound ‘budak kecik tapi banyak barang..dari jauh nampak beg je’ huhu..apekan daye, aku tepakse membantu urusetie membawe makanan dan juga barang yang ade..yang sound tu bukan nak bantu, cakap banyak! Aku tumbuk gak nanti! Ishhhhh3

Dalam feri, aku layan cite org putih..cite lawan2, ganas gile..tak tepikir nak menikmati pemandangan dikiri dan kanan! Hahaha..kul 11 lebih, tiba di Pulau Langkawi..kat sini pon kene menunggu bas untuk jemput kami sume ke myAngkasa,Chandekura..sampai di sane, cek nama dan bilik..berlari ke bilik sebab nak mengeja masa untuk pegi bejalan! Aktiviti bebas untuk sume kakitangan..aku and da geng, sewa avanza yang bole memuatkan 7org di dalam nye..

 Masjid yang cantik..

Naik feri la kite..

Destinasi petame adalah Langkawi Cable Car..dorang ke sini semate2 nak tunaikan hasrat aku nak naik cable car..terharu!!!! sebelum naik, isi perut dulu ye..memang tinggi gile dan aku sangat suke..pemandangan di atas sangat la indah, sesuai untuk mereka yang berkasih-kasihan..muntah! Next, kami ke Beras Terbakar..konon2 nak tengok tempat sejarah! Hehe..lebih banyak membeli belah sebenarnye..Perjalanan diteruskan ke Idaman Suri dan Haji Ismail Group..borong coklat untuk famly dan teman2..Akhir sekali, kami ke Pantai Cenang untuk menikmati pizza di Artisan Pizza..menu die memang sangat terbaik! If korang datang langkawi, pegi la kedai pizza ni..Pantai Cenang pon cantik..tambah2 lagi ade mat dan minah salleh yang sexy, sambil makan kite cuci mate! Hahahaha..

 Perkarangan Cable Car

Cable Car

Beras Terbakar

Pantai Cenang

Artisans Pizza..terbaek!

Malam pule, bermula la majlis perasmian..yang kelaka, dengar org berucap dalam 15minit kemudian kami sume makan! Macam2 ada..syurga!! hehe..pas makan, naik bilik dan tido..Esoknye, bangun seawal 5.30 pagi kerana program bermula pada pukul 6.50 pagi..bermula dengan senaman, sangat comel dan seronok! Sesuda breakfast, bersambung dengan aktiviti lain..sume dibahagikan kepada 10 kumpulan dan aku dalam kumpulan yang ketiga yang mane bos aku pon ade dalam grup yang same! Macam2 kene buat, siap ade treasure hunt! Even letih, tapi seronok sangat coz sumeorg sangat sporting..kumpulan aku memenangi tempat kedue dalam petandingan ‘Cheers’! malam pon ade aktiviti, tapi aku tak dapat join..kesihatan kembali tidak stabil..huhu

 Malam perasmian..

 Aktiviti

 Menara Impian!

Keesokan hari, program bermula pukul 7.00 pagi..kami semua bersenam dan bermain game..dalam game tu, kene ade 5org yang mane kene sebut ‘Ayuh + Ping + Pong + Piang + sebut kumpulan lain’..bagi kumpulan yang tersyasul atau lambat respon, maka akan dicalit muke dengan tepung! Hehe..best kot! Aku la kumpulan yang banyak calit muke org..bangge! aktiviti berakhir pada 12.30 tenghari, selepas tu makan dan besiap untuk pulang!

 Calit mencalit!


Ape yang aku dapat simpulkan dari program Team Building ni adalah sangat seronok! Mase ni la aku lebih mengenali ahli BPKP yang lain..mase ni juge la aku menjadi lebih aktif dari biase..even dorang lebih berusie, tapi dorang sangat ceria dan sporting! Hubungan aku dengan unit sendiri pon makin rapat dan aku da mule sayangkan unit aku ni..huhu, tertacing la pule!  If ade lagi program macam ni, memang aku nak pegi lagi! Hahahahha..itu saje yang aku nak cite..jumpe lagi!

P/s: tuggu next pecutian! xsaba =)

0 CakapCakap:

 

Dot... Dotaaa.. Dotiii.. Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez