LEGO

Monday, April 30, 2012


Assalamualaikum..

Korang penah memiliki LEGO atau bermain dengan nye? Aku time kecik2 dulu tak de kot..hmm,aku sendiri tak sure..sebab aku dulu satu geng dengan abang aku..so, aku lebih terdedah pade guli, gasing, rounders, konda kondi dan macam2 lagi..korang tau ke semua yg aku cakap tu? If tak tau, duk tepi diam2! Paling kacak yang aku penah main ialah ‘meriam katak’..main meriam ni time nak raya la..tapi tak raya pon aku main gak..asalkan ade stok karbaid kat rumah..

Ok, bebalik pada cite LEGO..baru2 ni aku terjebak dengan permainan ini..main pon dengan anak buah yang berusie 6tahun dan 3tahun..memang terbaik! Mule2, si adik cume mintak tolong buatkan robot untuk die..mase buat tu aku rase syok la pulak..terus aku yang sambung main dengan dorang..siap ade scene perang2 lagi tu..maka, masing2 menunjukkan bakat dalam menghasilkan robot terbaik dalam Kampung Sungai Kandis! Terbaik la sangat kan..hehe..sembang lebih je..

Hehe..seronok bermain dengan miqal dan amin..sume nak menang..sume nak kate robot yang dicipta terbaik..padahal biase je..ucu nye pon lebih kurang je..bengong! haha..main LEGO dengan dorang ni baru la nampak sape yang kreatif..ternyata miqal memang hebat! Bangge Ucu dengan abang long! Over tau..soriiiii..

 Hasil Karya UcuDot

Robot ular Miqal..perlu ke wat muncung?

Robot kedue UcuDot..Amin pon nak muncung gak..gedik sungguh!

Battleship katenye..over!

Korang pon bole la main..rasenye org dewasa pon boleh main..tak perlu malu..haha..ok,jumpe lagi..Dadadadaaaaaaaaaaaa~

LUKA

Wednesday, April 18, 2012


Assalamualaikum..

Luka..ye luka..bukan luka sebab terjatuh..tapi ‘TER’ luka..luka itu mungkin kecil..tapi ianya sangat dalam..sakitnya tak boleh nak dijelaskan secare nyata..hanya yang rase dapat memahaminya..kesakitan nya telah menyebabkan berlakunya kecelaruan reaksi..yang mampu dilakukan, hanya lah tersenyum..

Yang menjadi kebimbangan ketika ini ialah ditakuti luka yang kecil tapi seringkali berlaku berkemungkinan akan menjadi luka yang besar..kebesaran luka itu mungkin juga boleh menyebabkan ianya tak dapat disembuhkan lagi..apabila itu berlaku,mungkin tiada lagi kemaafan yang dapat diberi..

Apa yang dilakukan jika itu berlaku? Hanya DIA saja yang mengetahuiNYA..berkemungkinan keputusan drastic dan tidak dijangka akan dibuat..pada masa itu, mungkin tidak akan memandang dan berpaling lagi..itu semua MUNGKIN..siapa kita untuk menjangkanya..

Bersabar selagi mampu..bertahan selagi kuat..itu tindakan waktu ini..dunia berputar dan masa bergerak..semoga semuanya baik-baik saja..mengharap hanya yang terbaik akan berlaku..

P/S : poyo x? jumpe lagi..bye!

Majlis Cukur Jambul

Monday, April 16, 2012


Assalamualaikum..

Pada 7April yang lalu telah berlangsung Majlis Cukur Jambul untuk baby tercomel iaitu Hanania Batrisya..bukan anak aku, tetapi anak kepada sepupu ku..So, aku ditugaskan menjadi pengiring kepade baby Nia..bukan main pengiring lagi haaaa..tema pada hari tu ialah Pink dan Putih..

 Hanania Batrisya

Buaian untuk si comel Nia..

Hiasan Pelamin Nia :)

Mainan baby Nia..

 Tempat untuk Nia beradu..

Majlis bermula pada pukul 10 pagi..dimulakan dengan bacaan selawat dan marhaban daripada kumpulan marhaban Kg Sg Kandis yang diketuai oleh Pn Muinah..Selesai marhaban, bermula lah acara cukur jambul yang mana rambut baby akan dipotong sedikit..sebelum potong, si pemotong akan membace selawat dan berdoa supaye baby tersebut sentiasa sihat dan menjadi anak yang soleh dan solehah..

Selepas cukur jambul, acara berendoi pula..baby Nia dimasukkan ke dalam buaian yang comel, kemudian kumpulan marhaban mendedangkan lagu yang berunsur nasihat..peranan aku ialah duduk ditepi buaian dan membuaikan (betol ke ayat tu?) baby Nia..bukan main syok lagi si Nia tido..hehe, comel lak tu! Rase nak tampa je..

 Kumpulan Marhaban

Nia yang sedap tido!

Selepas semua acara selesai, acara menjamu selera la pula..aku sangat suka majlis2 sebegini sebab time ni la sume sepupu sepapat dan sedare mare aku berkumpul..bile da bejumpe, macam2 cite dan gossip yang bole dikongsi bersama..dan yang paling penting dan menjadi kegemaran ialah masa ni lah aku nak melantak sehabis mungkin..macam2 makanan ada..memang penuh perut! Hehe..

 Masa untuk makan!

Goodies untuk tetamu..mak aku kait bunge tu!

Sepupu dan anak buah aku!

Pak cik @ Maman (bahase jawa) belanje aiskrim colek! tak tau korang panggil ape..belasah je!

Majlis ini dilakukan kerana nak memperkenalkan kehadiran ahli baru dalam keluarga..lagipun, Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat..dan mendoakan agar si baby tadi membesar dengan menjadi anak yang berguna dan taat pada ibu bapanya..amin..sekian saja untuk kali ini..bye!

Aku kene Tag!

Tuesday, April 3, 2012

Assalamualaikum..

Baru perasan yang aku kene tag dengan Miza..hehe..so, kene la jawab kan..maka, ni die jawapan aku..terimalah....................... :p

Opppssss! sebelum tu..ade syarat nye..ape die? korang bace kat bawah ni ye..

  • tak boleh tag orang yg sama
  • harus meletakkan syarat-syarat ini di entry 
  • pastikan mereka semua tahu mereka suda d'tag ;)
  • ceritakan 11 perkara tentang diri anda sendiri bkn org lain ok..
  • jawab semua soalan yang diberi oleh manusia yang tag anda itu dan selepas itu anda pula kena mencipta 11 soalan lain untuk org lain yg anda ingin tag..ada paham, kalau xpaham buat-buat paham aje la k...hehe

11 perkare tentang aku : 
  1.   Mempunyai banyak nickname! Antaranye… Shidot, Sendot, Nendot dan yang paling glamor adalah DOT
  2.    Selalu dapat komen dari org yang 1st time kenal adalah Muke Kerek / Berlagak! Ade?
  3.   Org tak pecaye dulu aku bersekolah di sekolah agama..pokoknye, jangan menilai org dari care die berpakaian..hehe
  4.  Sangat takutkan kucing dan binatang yang mempunyai kuku sepertinya..
  5. Suke sms org dengan meletakkan due titik dihujung ayat..bagi aku, if satu titik je bemakne org tu marah..haha
  6.  Sangat suke berangan! Kadang2 bawak kete pon masih sempat berangan
  7.  Bukan seorg yang sopan santun atau lemah lembut!
  8.  Cume ade satu high heels saje dalam koleksi kasut sebab tak reti pakai sebab jalan bersepah!
  9.  Tak suke org panggil ‘IDA’ sebab tak sesuai dengan personality yang sedie ade
  10. Suke minum susu Full Cream Dutch Lady di waktu pagi tapi tak suke makan nasi selain nasi putih..maksudnye yang bercampur cengkih, kismis dan sewaktu dengannya..
  11.  Sangat tidak pandai memujuk org! maka..kepade kawan2 ku semue, jangan merajok dengan aku ye..
Jawapan untuk soalan Cik Miza :

  1. apa perkara yang anda lakukan apabila anda sedang bersedih?
Menangis dengan jaya nye!
  1. apa sifat buruk anda yg dari dulu lagi xboleh nk ubah?
Suke wat muke!
  1. perkara apa yg dapat mengembirakan hari-hari anda?
Dapat makan! Bile da makan..konfem aku gembire
  1. zaman belajar or zaman bekerja yg best & kenapa best?
Zaman belaja sebab bole lepak dengan kawan2 yg satu kepale..bile da keje ni banyak nau jumpe org hipokrit!
  1. tempat yang paling anda teringin nak pergi?
Pulau Sibu di Johor
  1. 5 perkara yg anda tidak suka?
-          Tunggu Org
-          Kene Tag kat FB
-          Org tak bagi signal
-          Reply sms lambat
-          Berhutang dengan org

  1. anda anak ke-berapa di dalam family?
Anak Ketige a.k.a anak bongsu
  1. apa pandangan anda tentang remaja zaman sekarang?
Menakutkan! Suke wat perkara yang tidak sepatutnye remaja buat..contoh, plan penculikan diri sendiri semate2 nak ikut pakwe..ishhh3
  1. jika diberi peluang bercuti, kemana anda hendak pergi?
Korea
  1. lagu apa yang anda minat & ada cerita disebalik nya? kisah cinta ke?hehe
Banyak sangat..yang terbaru, Cinta Bersatu dari Liyana Jasmay..suke sebab melodi die best!
  1. apa tittle ada sekarang single? married? in relationship? o complicated :)
Masih menggunakan title ‘Cik’..hehe


1.       Ni lak soalan untuk membe aku iaitu Lin dan Jojet! jawab tau!

  1. Nama penuh dan ade cite tak disebaliknye?
  2.  Lelaki idaman ko sape?
  3.   Ape ko suke wat bile korang tension?
  4.  Wane tema wedding ko
  5.  Burger Mcd kegemaran ko
  6.  Kereta idaman
  7. Bos ko best ke tak?
  8.  Ko ade tak benci sesape? Nape benci org tu?
  9. Ko penah dapat nombor satu tak time sekolah?
  10. Ko penah tak try smoking? 
  11.  Ko suke tak kawan dengan aku?
 
 

Dot... Dotaaa.. Dotiii.. Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez