Assalamualaikum..
Pada 7April yang lalu telah berlangsung Majlis Cukur Jambul untuk baby tercomel iaitu Hanania Batrisya..bukan anak aku, tetapi anak kepada sepupu ku..So, aku ditugaskan menjadi pengiring kepade baby Nia..bukan main pengiring lagi haaaa..tema pada hari tu ialah Pink dan Putih..
Hanania Batrisya
Buaian untuk si comel Nia..
Hiasan Pelamin Nia :)
Mainan baby Nia..
Tempat untuk Nia beradu..
Majlis bermula pada pukul 10 pagi..dimulakan dengan bacaan selawat dan marhaban daripada kumpulan marhaban Kg Sg Kandis yang diketuai oleh Pn Muinah..Selesai marhaban, bermula lah acara cukur jambul yang mana rambut baby akan dipotong sedikit..sebelum potong, si pemotong akan membace selawat dan berdoa supaye baby tersebut sentiasa sihat dan menjadi anak yang soleh dan solehah..
Selepas cukur jambul, acara berendoi pula..baby Nia dimasukkan ke dalam buaian yang comel, kemudian kumpulan marhaban mendedangkan lagu yang berunsur nasihat..peranan aku ialah duduk ditepi buaian dan membuaikan (betol ke ayat tu?) baby Nia..bukan main syok lagi si Nia tido..hehe, comel lak tu! Rase nak tampa je..
Kumpulan Marhaban
Nia yang sedap tido!
Selepas semua acara selesai, acara menjamu selera la pula..aku sangat suka majlis2 sebegini sebab time ni la sume sepupu sepapat dan sedare mare aku berkumpul..bile da bejumpe, macam2 cite dan gossip yang bole dikongsi bersama..dan yang paling penting dan menjadi kegemaran ialah masa ni lah aku nak melantak sehabis mungkin..macam2 makanan ada..memang penuh perut! Hehe..
Masa untuk makan!
Goodies untuk tetamu..mak aku kait bunge tu!
Sepupu dan anak buah aku!
Pak cik @ Maman (bahase jawa) belanje aiskrim colek! tak tau korang panggil ape..belasah je!
Majlis ini dilakukan kerana nak memperkenalkan kehadiran ahli baru dalam keluarga..lagipun, Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat..dan mendoakan agar si baby tadi membesar dengan menjadi anak yang berguna dan taat pada ibu bapanya..amin..sekian saja untuk kali ini..bye!
0 CakapCakap:
Post a Comment